Tuesday, 17 April 2012

Projek makan-makan

Hari ahad lepas, kami berdua buat projek makan-makan. Sepatutnya buat seminggu awal, tapi tarikh tu semua kawan2 ada hal. Jadi, kami tunda seminggu. Alhamdulillah kebanyakan kawan-kawan free.Aku dah memang planning nak masak laksa asam, red velvet n karipap sardin. Oleh kerana semuanya buat sendiri ( dan aku sebenarnya memang sangat enjoy ) maka aku buat sikit-sikit. Hari jumaat, malamnya aku dah buat kek red velvet. Sebab kek ni kene simpan dalam peti ais baru lagi best. So, buatlah dia dulu. Ini red velvet aku yang sangat comot. 


Comot tak?.Takpela, first attempt heheh. Comot tapi sedap

Kesalahan aku kat kek ni ialah, aku tak potong kek bagi sama rata. Jadi bila buat 3 layer macam tu, macam nak jatuh je kek aku dan tak nampak macam satu kek. Tapi 3 kek. Kakakak. Aku baked cake ni 3 kali sebab oven kecik. Pastu sayang pulak nak potong bagi sama rata. Potong jugak la, tapi potong sikit je. Last2 jadi camni la. Heheh. Pastu aku rasa aku salah beli cream cheese. Aku beli yang Philadelphia tu, kaler dia cream. Aku tengok frosting cheese yang orang lain buat kaler putih. Muahehe. Lantakla labu, janji sodap!. Well resepi red velvel ni aku amik kat intan berlian. Terima kasih intan sebab share resepi kek red velvet yang sangat sodap ni. 

Ok, sambung cerita semula. Sudah buat red velvet aku pensan. Dah lewat malam dah. Baked 3 cake lak tu. Pagi sabtu hubby dah janji nak bawak aku keluar jalan2 ke Coburg. Kami keluar awal pagi dan sampai rumah dalam jam 3 lebih. Aku rehat kejap n then terus buat frosting cheese untuk red velvet. Dah siap terus buat inti karipap sardin. Inti karipap ni aku buat macam biasa aku masak sardin je. Cuma tak letak sos dan kicap. 

Karipap yang belum di goreng
Resepi Karipap Sardin

1/2 tin sardin saiz besar dilenyek ( ambil ikan saje, kuah buang )
2 ulas bawang putih dihiris
1 biji kentang di potong dadu
seikat daun sup dihiris
1 cawan air
1 inci halia
4 sudu cili boh
Garam dan lada hitam sebagai perasa
Minyak untuk menumis

Cara-Cara

1.Tumis bawang putih dan halia
2. Masukkan cili boh, kacau hingga naik bau dan masukkan kentang
3. Goreng sebentar dan kemudian masukkan air
4.Bila kentang dah masak, masukkan ikan sardin yang dah dilenyek
5. Goreng sampai sedikit kering, masukkan garam, lada hitam dan daun sup. Kemudian angkat.


Resepi doh kulit karipap ( 38 biji, saiz macam dalam pic )

2 cawan tepung gandum
1 sudu majerin 
2 sudu minyak masak ( panaskan atas dapur bersama majerin )
sedikit garam dan air 


Cara-cara 

1. Panaskan minyak dan majerin sehingga sedikit berbuih dan majerin cair
2. Masukkan dalam tepung gandum
3. Kacau dengan senduk, biar sejuk sebentar baru gaul dengan tangan
4. Masukkan garam dan air sedikit demi sedikit sambil uli dan doh dah tak melekat di tangan. Da siap, bole la gelek dan isi inti karipap. 


Okeh, dah siap karipap, aku goreng sikit dalam minyak panas supaya karipap tak melekat dan kulitnya tak tembus. Simpan dalam peti untuk di jadikan karipap frozen. Lepas tu aku terus buat kuah laksa. Sebab aku ajak makan untuk tengahari, tak nak kelam kabut pagi2. So, aku buat kuah laksa siap-siap supaya esok tinggal nak tambah apa yang tak cukup je. Telur pun aku dah rebus siap-siap. Kat rumah ni guna electric stove, so amik masa sikit untuk panas. 

Laksa asam 

Resepi Laksa Asam ( untuk 15 orang makan )

3 peket laksa basah
2 tin sardin saiz besar
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar
10 sudu cili boh
2 inci halia
5 biji cili padi ( guna 5 je sebab pedas tahap gaban )
1 hiris asam keping ( aku tak suka masam sangat )
sedikit belacan ( untuk aku sendiri aku tak letak )
seikat daun kesum
Bunga kantan ( aku tk letak sebab tak jumpa cari kat sini )
Garam untuk perasa

Bahan sampingan laksa

Timun dihiris memanjang
Telur rebus dipotong kecik2
Nenas ( aku beli dalam tin je ) dihiris
Bawang besar dihiris
Cili merah dihiris
Daun salad dihiris

Cara-cara

1. Ambil ikan sardin dan buang kuahnya. Basuh dan rebus ikan sardin bersama air, garam dan asam keping
2. Bila dah gelegak dan naik bau, masukkan ikan dan kuahnya dalam blender. Kisar bersama bawang besar, bawang merah, bawang putih dan halia
3. Masukkan ke dalam periuk dan tambahkan air,cili boh dan belacan
4. Bila dah gelegak, masukkan daun kesum dan bunga kantan kalau ada dan letak garam. Da siap. 


Lepas buat kuah laksa, terus pensan. Pagi sabtu, cuma sediakan ulam-ulam untuk laksa dan goreng karipap. En. Hubby ambil alih bahagian deko dan kemas rumah kami yang sangat comel ni. Tengahari semua kawan-kawan datang. Sangat seronok dan memang plan nak buat makan-makan lagi.

Saturday, 7 April 2012

IMAX Melbourne

Kelmarin adalah hari untuk merayap. En.Hubby telah bawa aku ke IMAX untuk tengok Titanic 3D. Yeay!!. IMAX ni satu bangunan dengan Melbourne Museum. Setentang dengan museum ni pulak ialah Royal Exhibition Building. So, banyaklah tempat bole jalan-jalan dan snap pic. Tapi, yang sedihnya kami tak di benarkan masuk ke Royal Exhibition Building. Kebetulan tengah ada Islamic Conference Australia kat situ. Nak masuk kene bayar duit sebagai participant.Huhu. Takpe, takde rezeki. Mungkin lain kali je. 


Neway, aku nak cerita pasal IMAX. IMAX ni adalah wayang version skrin besar tahap gaban. Saiz skrin dia sama dengan 7 tingkat bas. Imagine la sendiri ye. Bila aku google, kat Malaysia pun ada IMAX. Aku tak pernah pergi. Kalau kat Malaysia ada kat Berjaya Times Square.


Kat sini, IMAX Melbourne adalah skrin yang ke tiga terbesar di dunia. Huhu, aku sangat teruja nak masuk sebab nak tengok sangat kat dalam tu macam mana. Jam 2.50 aku dah beratur untuk masuk ke dalam. Masuk je ke dalam, aku ternganga sekejap melihat skrin yang besar tahap apa pun tk tahu la nak cakap. Ruang dalam dia macam kat Istana Budaya, dengan kerusi yang sedikit cerun berbanding panggung wayang biasa. Aku cari seat, cepat-cepat snap pic. Tetapi almaklum sajelah, dalam wayang yang tak berapa nak cerah macam mana la nk snap pic skrin yang besar tu. Skrin ni berukuran 32 meter x 23 meter, huh!. Besar kan?.Ini ada info pasal IMAX . Bole baca kat situ sebab aku malas nak translate. Hahah. 


Jadi model IMAX jup, hehehe. Ni kat bahagian luar

Masuk je, terpampang kat lantai. Biggest screen. Yup, the biggest screen in OZ

Tempat beli tiket, En. Hubby dah beli tiket secara online

Tempat lepak sementara tunggu nak masuk

Rasa tak cukup kerusi?

Skrin kat dalam, heheheh

IMAX kat sini hanya untuk filem 3D sahaja. Kalau nak tengok filem tak 3D, kene cari wayang lain le huhu. 

That's all for now. Nanti merapu lagi..


Thursday, 5 April 2012

It's Autumn in my heart


Cantiknya langit dan awan.. suka suka. SubhanAllah..

Fuhh!! Tajuk entry yang membuatkan aku sendiri rasa nak pensan. Kwang kwang. 1 April 2012, is officially Autumn. Summer telah mengucapkan bai bai dan memberi laluan pada autumn pulak untuk mengekspresikan musimnya. Sejujurnya aku tak terasa kedatangan autumn kecuali bila melihat daun-daun mula kekuningan dan berguguran dengan sangat cantik. SubhanAllah. Suhu di Melbourne masih lagi sama. Bermain hiding and seek setiap waktu. Adakala sejuk sampai menggigil ( aku je la, sebab tak cukup lemak ) dan adakalanya panas perit membahang. Antara keduanya, aku lebih suka panas, tapi taklah time panas perit tu. Sebab bila panas, sangat best untuk keluar dan orang akan penuh di taman dan makan merata-rata. Dalam erti kata lain, bila panas je terus meriah. 


Sekarang ni minggu pertama Autumn dan suhu hari ni 24. Cuaca sangat cantik dan langit biru. Lepas ni akan sejuk dan suhu jadi belas-belas huhu. Aku akan kebekuan dan memakai cardigan serta stokin dalam rumah. Sebenarnya apa pun suhu dan cuaca, aku tetap akan enjoy sepenuhnya. Menghargai ruang, peluang dan ketika. Alhamdulillah, dibenarkan untuk merasai semua anugerah Allah ini. Alhamdulillah.

Selamat datang autumn..biarkan daun kering itu berguguran...


Suasana waktu pagi di Melbourne. Masa ni jam 9.26 pagi. Sejuk gaban dengan suhu 14 ( sejuk tang angin, sebab angin kuat )

Matahari masih bersembunyi balik awan..

Daun maple berguguran dan bertaburan. En.Hubby telah menjadi model di situ.. kekeke



Note: Lupa nak share, kami berdua terlewat bangun untuk solat subuh gara-gara pertukaran masa dan musim. Terjaga bila alam berbunyi jam 6.30, tapi waktu sebenarnya adalah 7.30 pagi. Huhuhu, mangsa keadaan. 1 April bermulanya autumn dan secara automatik ( subhanAllah ) masa terus berubah, siang telah menjadi semakin pendek dan malam menjadi semakin panjang. Pada waktu summer, beza antara Malaysia dan Oz ialah 3 jam, tapi pada waktu Autumn beza masa adalah 2 jam. Jam 6 petang sama gelap macam jam 8 malam di Malaysia.

Wednesday, 4 April 2012

Ikan Masak Stim Halia

Hari Sabtu lepas, kami ke Victoria Market. Victoria Market ini adalah pasar besar dalam Melbourne. Dekat je dengan rumah. Naik tram dalam 15 minit sampaila. Pasar ni tutup awal, dalam pukul 2 petang. Kalau hujung minggu tutup kul 3 petang. So, kalau nak cari barang dapur kene pegi cepat-cepat. 


Aku dan En.Hubby sampai ke Victoria Market dalam kul 1 lebih. Terkejut sangat ramai orang dan sangat bising. Rupanya acara melelong telah bermula sebab pasar dah nak tutup. Waa.. best best. Sebab dapat beli barang dengan harga yang murah. Kami beli pisang comel sesikat 1.50 Aud saje. Pastu beli taugeh 1 Aud, buah pic 1 Aud, sayur-sayur yang murah dan macam-macam lagi. Habis memborong sayur dan buah, kami ke bahagian pasar basah. Kat bahagian ni, aku hanya beli ikan. Daging tk beli kat sini. Tak halal. Ikan agak mahal, kami beli ikan white bream, 2 ekor dan harganya 11 Aud. Nampak sangat ikan siakap kat pasar. Tapi dek kerana harganya sangat mahal, aku tengok saje la huhu. Untuk ikan yang ni aku memang nak masak stim halia. Resepi ni aku amik dari buku resepi yang aku lupa tajuknya dan pengarangnya. Buku ni cousin aku yang bagi hadiah masa aku kawin. Dia cakap, mesti aku akan guna hadiah dari dia sepanjang hayat. Eh? Betul la.. heheh terima kasih cousinku sayang. Aku dah cuba resepi ni 2 3 kali kat rumah. Tak berapa jadi dan aku alter sedikit dengan berpandukan resepi yang cari dalam internet pulak. 

Ikan Masak Stim Halia

Resepi Ikan Masak Stim Halia ( untuk ikan bersaiz sederhana seperti dalam gambar )

Bahan - Bahan

1 ekor ikan bersaiz sederhana (aku guna white bream)
3 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
2 inci halia di hiris ( aku rasa aku letak lagi banyak hehe )
Suku batang lobak merah dihiris panjang
Daun ketumbar dihiris
1 sudu sos tiram
2 sudu kicap cair
4 sudu jus limau nipis
1 sudu kecil gula
setengah cawan air
1 biji tomato          } ni untuk letak bila dah sudah masak 
2 biji lada di hiris 

Cara-cara

1.Bersihkan ikan dan letak dalam pinggan yang berlekuk ( bole tampung air, macam dalam pic )
2. Taburkan semua bahan-bahan yang di hiris di atas ikan
3. Satukan sos tiram, kicap cair, limau nipis, air dan gula dalam mangkuk dan kacau. Kemudian curahkan atas ikan
4. Kukus selama 20 - 25 minit

Siap untuk di makan.. yummy!!



Wednesday, 28 March 2012

Sesi pecahkan lemak di Royal Park

Lepas makan nasi kerabu dengan jayanya ( tambah 3 kali ), En.Hubby terus ajak jogging. Aku tanya kat mana. Kat Royal Park. Dan aku tak pernah sampai lagi Royal Park ni. Yey!. Aku terus dengan tergedik-gediknya nak pergi. 




Persediaan untuk keluar rumah, perlu memakai segala jenis benda dalam pic di atas. Huhu, sebabnya sinaran uv kat sini sangat kuat. Dah ada warga oz yang meninggal akibat dari kanser kulit. Seramai lebih kurang 400,000 warga oz yang didiagnosis mengidap penyakit ni. Jadi, langkah pencegahan perlu di ambil. Jadi aku sebenarnya sentiasa pakai losyen. Dalam rumah ke, luar rumah ke. Walaupun dah letak losyen dan krim pelembab sebakul kat muka, kulit aku masih menggelupas. Huhu.  Sebab, dah orang melayu kan?. Sejuk beku macam mana pun cuaca kat sini, nak kene mandi jugak walaupun sekali sehari. Bila mandi air panas, kulit akan jadi lebih kering dan lebih memerlukan losyen dan pelembab dalam kadar yang banyak dan segera. Fuhhh!. Penat membebel. Bila keluar rumah, kene pakai sunglasses. Kat sini it's a must, not fashion anymore huhu. Dah siap melosyen bagai, jom keluar


Taman depan rumah, cantik kan?.Bila cuaca cerah macam ni, best sket snap pic

Setelah berjogging ( lebih banyak jalan ) sampai nak pensan iaitu lebih kurang 2 km, maka sampailah ke Royal Park. Pastu aku tengok Royal Park tu punya la luas, terus rasa nak sambung pensan. Huwaaa!!. Tengokla peta kat bawah ni

Nampak tak yang bulat tu, aku pusing kat situ je.. hehehe

Jalan je terus rasa dahaga air. Tapi jangan bimbang, sememangnya bekalan air mineral bersih lagi sejuk menyamankan di sediakan bersepah-sepah kat sini. Bagus kan?. Peneguhan positif bagi mereka yang berjalan, berjogging, berbasikal dan tidak bagi mereka yang naik kereta hehehe.

Kita minum dulu!!!. Yang kat bawah tu air untuk anjing..

Kat sini aku bole tengok orang jogging 24 jam. Tak kira masa dan cuaca. Panas terik kah, sejuk beku kah, orang akan tetap berjogging. Juga tak kira tua muda, tolak anak dalam stroller pun boleh sambil berjogging, bawak anjing jalan-jalan sambil berjogging. Macam-macam pesen la. Bagus kan?. Taman depan rumah aku ni tak pernah tkde orang. Asyik penuh memanjang. Ok, dah habis merapu.. jom layan pic..hehe

Padang bulat yang luas, semak tu sengaja di biarkan. Bush area

Cantik kan nampak Melbourne dari sini

Burung-burung tengah korek tanah cari makan

OTW balik rumah aku jalan kaki je, lalu jalan yang tak pernah pergi. Terkejut bila sampai satu area tu bunyi burung sangat bising. Tengok2 ramai sangat burung kakak tua ( yang aku tkleh nak snap pic sbb bateri dh kong ) dan burung kat atas ni berkeliaran cari makan. Yang paling aku suka tgk burung kakak tua. Kaler sangat cantik, merah, hijau dan kuning. Bergayut2 di pokok. Penuh dan bising!. Suasana yang sangat best bagi pencinta binatang macam aku hahah. En. Hubby cakap aku boleh keje volunteer kat zoo tepi rumah tu haa. Kekeke. 

Okla, till then. Nak rehat dulu.



Nasi Kerabu Sambal Tumis dengan Ayam Goreng Crispy

Membesar di 3 buah negeri di pantai timur menjadikan aku sangat la familiar dengan masakan macam nasi kerabu, nasi dagang, laksa kelantan / lemak, kuih muih dan macam-macam lagi. Salah satunya ialah nasi kerabu ni. Selalunya mak aku akan masak nasi kerabu ni bila ke semua 7 adik beradik kami berkumpul. Sangat meriah dan semua orang akan makan, makan, makan  dan makan. Lepas tu kakak, abang dan adik aku akan susah hati sebab berat dah bertambah. Dan mereka akan berpuasa, insaf dan tak makan makanan yang mengandungi kolesterol dan sebagainya (owh, kakak, abang dan adik aku, jangan marah ye? kekeke ). Aku?. Alhamdulillah setakat ini aku adalah seorang yang mempunyai kadar metabolisme yang sangat tinggi. Berat aku yang paling melampau setakat ni ialah 46kg. Huhu. Ramai jugak kawan-kawan yang bising dan suruh aku tambah berat badan, tetapi aku sebenarnya sangat bahagia dengan diri aku. Makan la macam-macam pun, berat tetap macam tu jugak. Alhamdulillah.

So, hari ni aku craving dengan nasi kerabu. En. hubby tak percaya aku boleh masak nasi kerabu kat sini. Sebab dia rasa bahan-bahan untuk membuatnya sangat payah nak dapat. Well, satu perkara penting yang aku belajar kat sini ialah, bersyukur dengan apa yang ada dan hargainya. Apa saje bahan mentah yang aku beli semuanya akan aku manipulate untuk buat macam-macam. Ye la, sesetengah benda tu susah nak cari. Ada benda yang kalau kat Malaysia, dah lama buang tapi kat sini simpan je. Huhu.


                                  Nasi Kerabu Sambal Tumis dengan Ayam Goreng Crispy


Nasi Kerabu Sambal Tumis dengan Ayam Goreng Crispy ( untuk 2 orang berperut kecik makan )

Nasi kerabu selalunya warna biru, aku letak kunyit je bagi jadi kaler kuning. Heheh

Bahan-bahan untuk sambal tumis

Santan pekat ( aku guna satu tin kecik )
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Setengah inci halia
Sedikit cili boh
1 batang serai di ketuk
1 ulas asam keping ( cari yang paling kecik, sbb buat sikit je nanti masam huhu )
Sedikit garam

Bahan-bahan untuk kerabu ikan

2 ekor ikan sardin ( yang dalam tin tu ). Selalunya kat kg guna ikan selayang or ikan kembung yang digoreng
Kelapa parut
1 ulas bawang merah di hiris
sedikit halia di hiris
sedikit lada hitam
Sedikit garam dan gula

Budu selalunya tenyeh dengan cili padi je. Mak aku buat macam tu.
( aku dan hubby tak makan budu. Sebab aku alergik. So tak de )

Ulam-ulam
Sedikit kobis dihiris nipis
Kacang peas dihiris nipis ( ni je ulam nasi kerabu kami, kekek )

Ulam yang sepatutnya ada

Kacang panjang dihiris
Daun seylon dihiris
Taugeh
Daun kesom dihiris
Bunga kantan dihiris
Timun dihiris
Serai dihiris

Bahan Ayam Goreng Crispy

6 ketul dada ayam di potong dadu ( aku memang beli yang dah siap potong, so tkde choice la )
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Sedikit lada sulah, kalau tkde guna je lada hitam
Garam
Sedikit tepung jagung


Cara-cara

Sambal Tumis

1. Bawang putih, bawang merah, halia  dan cili boh tumis dengan menggunakan minyak yang banyak
2. Bila dah pecah minyak, masukkan santan dan serai yang dah di ketuk
3. Masukkan sikit air, sebab aku guna santan pekat
4. Masak sampai pekat dan masukkan asam keping ( aku masukkan lewat sbb tak nk masam )
5. Masukkan garam dan kacau sampai pecah minyak dan angkat ( lenguh jugak la tangan nak mengacau )

Kerabu ikan

Oleh kerana aku guna ikan sardin, jadi aku kukus dulu nak bagi hilang hanyir. Kukus dengan air dan asam keping serta sikit garam. Bagi mendidih sekejap dan angkat. Lenyekkan ikan

1. Goreng kelapa parut sampai sedikit kuning
2. Masukkan ikan yang dah di lenyekkan, bawang, halia, lada hitam, garam dan gula
3. Goreng sampai naik wangi dan kaler kelapa parut dah bertukar coklat. Jangan sampai hangit sudah. Kalau guna ikan goreng lagi sedap, terbau garing masa goreng ni.
4. Bila dah siap masak, masukkan semua dalam blender dan blend sampai halus.

                                                  Shredded coconut yang aku guna, huhu

Untuk ulam, aku cuma hiris nipis je kobis dan kacang peas tu. 

Ayam Goreng Crispy

1. Kisar bawang putih dan halia
2. Perapkan ayam bersama bahan kisar serta sedikit garam dan lada sulah ( Aku perap 1 jam, perap lagi lama lagi best )
3. Keluarkan ayam, golekkan dalam tepung jagung dan goreng sampai nampak kaler sedikit coklat. 

*Peringatan, minyak akan menjadi sangat kotor setelah mengggoreng ayam ini. Sebab tepung jagung yang hangus dan hitam dalam kuali. Goreng semua sekali je. Kalau goreng kali kedua dalam minyak yang sama, nampak sangat tidak cantik dan agak gelap kaler ayam tu nanti.

Ok, nasi kerabu siap untuk di makan. Lagi sedap kalau makan dengan telur masin, daging bakar, solok lada dan keropok keping. Huhu, nak kene makan balik nanti la. 





Sunday, 25 March 2012

Melbourne Zoo

Zoo ni sebenarnya dekat je dengan rumah, jalan kaki dalam 2km sampailah. Tiket En.Hubbby dah beli secara online. Maka di satu pagi yang sungguh damai dan berbekalkan mihun goreng, kami berjalan kaki ke zoo. Aku sangat xcited sebab sememangnya aku sangat sukakan binatang. Huhu. Jalan slow-slow je sambil menikmati pemandangan. Kat sini aku biasa jalan je ke mana-mana. Sebab tak terasa pun penat berjalan dalam cuaca sejuk. Peluh pun tak keluar. Rata-rata orang akan berjalan je. Setakat 2 3 km itu biasa. Kami sampai ke zoo dalam pukul 11.00 pagi. Ramai sangat orang depan pintu zoo. Baru teringat, sebab cuti sekolah. Jadi  ramai ibu bapa amik peluang bawa anak-anak ke zoo. 


Pintu masuk zoo, ramai kan orang?

Ada 3 buah zoo di Victoria ( Melbourne dalam Victoria state) ni, Melbourne Zoo,Werribee Zoo dan Healesville Zoo. Melbourne zoo adalah yang terbesar dan Werribee pulak adalah berkonsepkan open range. Tourist akan di bawa naik bas untuk keliling zoo tu. Takleh jalan-jalan nanti kene baham. Kwang kwang. 

Masuk je zoo aku terus nampak tempat makan yang di sediakan untuk kemudahan pengunjung. Siap ada meja untuk buat BBQ lagi. Dan opkoss la bekalan air bersih ada di mana-mana. Ok, kita tengok peta zoo dulu

Yeay!. Jom jalan2..

Bilangan pelancong setiap tahun ke zoo ini adalah dalam lingkungan 1.6 million and it's Victoria largest paid tourism attraction. Huu.. boleh bayangkan tak?. Ada banyak sangat aktiviti yang di jalankan sepanjang tahun dan selain tu setiap hari jam 7 malam, memang ada rancangan The Zoo, memberikan segala info dan perkembangan terkini dalam zoo. Selalunya aku akan menjadi pak pacak depan tv jam 7 malam. Antara aktiviti yang di sediakan adalah kepada kanak-kanak. Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merasai peluang menjadi zoo keeper. Menarik kan?. So, kanak-kanak akan belajar tentang diet yang berbeza bagi setiap binatang, memahami tugas sebagai zoo keeper dan macam-macam lagi. 

Owh! Ye, kat sini pun ada volunteer work. Kat sini sangat banyak peluang untuk menjadi volunteer. Aku lihat ni sebagai satu peluang untuk berjinak dengan apa saja bidang yang mereka minat dan seterusnya bekerja dalam bidang yang mereka suka. Bukan bekerja kerana terpaksa. Bermula dengan kerja sebagai volunteer, kembangkan minat dan pengalaman, belajar dalam bidang yang sama kemudian bekerja. Ok dah banyak membebel. Jom layan pics..

Snow tiger, sangat comel. Aku dah zoom sehabis daya dah. Snow tiger tengah takde mood sebab kaco dia tido heheh

En. Beruang tengah makan jagung. Kami pergi ni waktu pagi, so samada binatang tengah tido, or tengah bekpes hehe

Tempat makan dalam zoo. Sangat banyak tempat makan macam ni.Pic gelap sebab masa ni sejuk. Aku tak reti nak adjust camera bagi nampak cerah. Huhu

En. King Kong /Gorilla tengah tunggu bekpes. Huhu, sedey, sebab king kong ni tunggu lama sangat depan cage tu. Dia tengok je kot celah2 besi tu, tunggu makanan dia. Sobb sobb

Jangan kacau kami!. Kami nak tido.. ZzzZzz..

Rama-rama pun tengah makan kat butterfly feeder

Hehe, "hati-hati". Dekat area orang utan dan gajah ni banyak perkataan melayu di gunakan. 

Hurm.. dah tak bole upload pic. Aku akan buat satu lagi entry pasal zoo ni dan letak pic lagi. Neway, kami berdua telah berjalan dalam zoo ni selama 5 jam. Tak sedar pun masa berlalu. Bila dapat je peta, kene rancang nak jalan ke mana sebab baru boleh cover semua tempat. Kalau tak, tak sempat cover. Tak best la kan, sebab dah datang. Balik, kami amik train sebab aku dah tak larat jalan heheh. 

Ok, nanti samung lagi..