Tuesday 17 April 2012

Projek makan-makan

Hari ahad lepas, kami berdua buat projek makan-makan. Sepatutnya buat seminggu awal, tapi tarikh tu semua kawan2 ada hal. Jadi, kami tunda seminggu. Alhamdulillah kebanyakan kawan-kawan free.Aku dah memang planning nak masak laksa asam, red velvet n karipap sardin. Oleh kerana semuanya buat sendiri ( dan aku sebenarnya memang sangat enjoy ) maka aku buat sikit-sikit. Hari jumaat, malamnya aku dah buat kek red velvet. Sebab kek ni kene simpan dalam peti ais baru lagi best. So, buatlah dia dulu. Ini red velvet aku yang sangat comot. 


Comot tak?.Takpela, first attempt heheh. Comot tapi sedap

Kesalahan aku kat kek ni ialah, aku tak potong kek bagi sama rata. Jadi bila buat 3 layer macam tu, macam nak jatuh je kek aku dan tak nampak macam satu kek. Tapi 3 kek. Kakakak. Aku baked cake ni 3 kali sebab oven kecik. Pastu sayang pulak nak potong bagi sama rata. Potong jugak la, tapi potong sikit je. Last2 jadi camni la. Heheh. Pastu aku rasa aku salah beli cream cheese. Aku beli yang Philadelphia tu, kaler dia cream. Aku tengok frosting cheese yang orang lain buat kaler putih. Muahehe. Lantakla labu, janji sodap!. Well resepi red velvel ni aku amik kat intan berlian. Terima kasih intan sebab share resepi kek red velvet yang sangat sodap ni. 

Ok, sambung cerita semula. Sudah buat red velvet aku pensan. Dah lewat malam dah. Baked 3 cake lak tu. Pagi sabtu hubby dah janji nak bawak aku keluar jalan2 ke Coburg. Kami keluar awal pagi dan sampai rumah dalam jam 3 lebih. Aku rehat kejap n then terus buat frosting cheese untuk red velvet. Dah siap terus buat inti karipap sardin. Inti karipap ni aku buat macam biasa aku masak sardin je. Cuma tak letak sos dan kicap. 

Karipap yang belum di goreng
Resepi Karipap Sardin

1/2 tin sardin saiz besar dilenyek ( ambil ikan saje, kuah buang )
2 ulas bawang putih dihiris
1 biji kentang di potong dadu
seikat daun sup dihiris
1 cawan air
1 inci halia
4 sudu cili boh
Garam dan lada hitam sebagai perasa
Minyak untuk menumis

Cara-Cara

1.Tumis bawang putih dan halia
2. Masukkan cili boh, kacau hingga naik bau dan masukkan kentang
3. Goreng sebentar dan kemudian masukkan air
4.Bila kentang dah masak, masukkan ikan sardin yang dah dilenyek
5. Goreng sampai sedikit kering, masukkan garam, lada hitam dan daun sup. Kemudian angkat.


Resepi doh kulit karipap ( 38 biji, saiz macam dalam pic )

2 cawan tepung gandum
1 sudu majerin 
2 sudu minyak masak ( panaskan atas dapur bersama majerin )
sedikit garam dan air 


Cara-cara 

1. Panaskan minyak dan majerin sehingga sedikit berbuih dan majerin cair
2. Masukkan dalam tepung gandum
3. Kacau dengan senduk, biar sejuk sebentar baru gaul dengan tangan
4. Masukkan garam dan air sedikit demi sedikit sambil uli dan doh dah tak melekat di tangan. Da siap, bole la gelek dan isi inti karipap. 


Okeh, dah siap karipap, aku goreng sikit dalam minyak panas supaya karipap tak melekat dan kulitnya tak tembus. Simpan dalam peti untuk di jadikan karipap frozen. Lepas tu aku terus buat kuah laksa. Sebab aku ajak makan untuk tengahari, tak nak kelam kabut pagi2. So, aku buat kuah laksa siap-siap supaya esok tinggal nak tambah apa yang tak cukup je. Telur pun aku dah rebus siap-siap. Kat rumah ni guna electric stove, so amik masa sikit untuk panas. 

Laksa asam 

Resepi Laksa Asam ( untuk 15 orang makan )

3 peket laksa basah
2 tin sardin saiz besar
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar
10 sudu cili boh
2 inci halia
5 biji cili padi ( guna 5 je sebab pedas tahap gaban )
1 hiris asam keping ( aku tak suka masam sangat )
sedikit belacan ( untuk aku sendiri aku tak letak )
seikat daun kesum
Bunga kantan ( aku tk letak sebab tak jumpa cari kat sini )
Garam untuk perasa

Bahan sampingan laksa

Timun dihiris memanjang
Telur rebus dipotong kecik2
Nenas ( aku beli dalam tin je ) dihiris
Bawang besar dihiris
Cili merah dihiris
Daun salad dihiris

Cara-cara

1. Ambil ikan sardin dan buang kuahnya. Basuh dan rebus ikan sardin bersama air, garam dan asam keping
2. Bila dah gelegak dan naik bau, masukkan ikan dan kuahnya dalam blender. Kisar bersama bawang besar, bawang merah, bawang putih dan halia
3. Masukkan ke dalam periuk dan tambahkan air,cili boh dan belacan
4. Bila dah gelegak, masukkan daun kesum dan bunga kantan kalau ada dan letak garam. Da siap. 


Lepas buat kuah laksa, terus pensan. Pagi sabtu, cuma sediakan ulam-ulam untuk laksa dan goreng karipap. En. Hubby ambil alih bahagian deko dan kemas rumah kami yang sangat comel ni. Tengahari semua kawan-kawan datang. Sangat seronok dan memang plan nak buat makan-makan lagi.

2 comments:

  1. masuk blog nie je terus jadi lapar.. hahaha

    ReplyDelete
  2. man, apa lagi aku dh siap kasik resepi tu. ko balik rumah masak je . hahahha

    ReplyDelete