Tuesday 28 February 2012

University Of Melbourne

Sudah 4 hari kat sini. Aku masih cuba menyesuaikan diri dengan perubahan cuaca yang mendadak. Hari ke 2, En. Hubby bawak jalan2 naik tram n bas. En. Hubby nak biasakan aku dengan persekitaran. Masa ini cuaca sangat panas dan perit. Tetapi esoknya, setelah tido dengan bunyi angin kencang menderu, Melbourne menjadi begitu suram dan muram. Cuaca terus menjadi sejuk. Aku dah pakai stokin dan cardigan dalam rumah. Huhu, sangat drastik kan?.Tak suka sangat cuaca macam ni. Sebab bila sejuk tak best sangat keluar. Kesian kat orang kat sini. Mencari-cari bahang matahari yang suam dan panas. Sebab tu boleh tengok derang akan berjemur bila ada matahari. Setiap tahun, hanya waktu summer yang ada panas, tu pun masih dengan angin sejuk yang kadang kala membuat kita mengigil. Summer nih!. Musim yang lain, tak payah cakap la kot kan. Memang sejuk. Betapa hujan emas di negara orang...


Hari ni aku masak lunch untuk En.Hubby. Seronok nak berjalan ke Uni Melb.Hubby bekerja di Uni Melb. So, ini first time aku jalan sorang2 ke Uni Melb. Tak rasa takut sebab area aku duduk ni ramai org islam dan ramai jugak orang melayu. Jalan lebih kurang 25 minit. Maka sampailah ke Uni Melb. Just wanna share a few pic that I've taken. Enjoy!



Ni taman depan rumah, pic gelap sbb masa ni mendung huhu


Ni jalan sepanjang taman, lepas dari taman sampai la Uni Melb. So.. aku kena jalan sepanjang jalan ni. Cantik kan?


Ni Trinity College, salah sebuah kolej kediaman Uni Melb. Memula tengok aku kata ni Hogwards.. hahah. Yang dalam citer Harry Potter tu


Yang ni Fakulti, aku lupa fakulti apa ..kakkaka

Yang ni pun kolej kediaman, untuk girls... heheh

Ok, tu je nak mengarut hari ni. Nanti sambung mengarut lagi. Lalalala

Thursday 23 February 2012

and the journey's begin

23/02/2012


Dan segalanya bermula pada hari ini, aku akan ke Melbourne untuk bersama hubby tersayang. Flight malam ni pada jam 10.30 malam dan di jangka tiba pada jam 9.20 pagi. Aku sampai ke Subang Airport jam 8.30 pagi. Sesi jalan2 dan melepak bersama kawan-kawan bermula. Tempat lepak kegemaran?. Midvalley la jawabnya heheh. Pertama yang aku cari untuk lunch ialah mee kari ayam fevret aku. Sangat Yummy!


Tempting tak? heheh

Lepak kat Midvalley ni sampai kul 4 petang je. Pastu terus ke LCCT. I dont wanna miss another flight ( I miss my flight dis morning and took another flight. Hangus RM 450.00. Lalallalala ). Sampai ke LCCT jam 5.30, aku dan Iza berpusing2 cari money changer, solat dan makan nugget je kat Mc D. Iza tunggu aku sampai aku boarding. Thanks Iza :). 

Ini kali ke 2 aku ke Melbourne dan sengaja amik flight malam. Perjalanan akan memakan masa selama 8 jam. Aku nak tido je. Last time pegi, amik flight siang dan hampir pensan kerana kebosanan dalam flight huwaaa!.Waktu subuh aku terjaga dan snap pic ni. 

Cantik kan?. SubhanAllah

Aku sampai ke Tullamarine Airport jam 9.20 pagi. Aku cepat2 cuba meloloskan diri dan keluar. Sebabnya tahu dah, akan beratur panjang untuk pemeriksaan pasport dan pemeriksaan beg yang berkali2. Kebetulan flight sama sampai dengan flight dari tempat lain. Orang sangat ramai dan beratur panjang. Jam 11 lebih baru aku keluar dari Tullamarine Aiport dan En. Hubby sudah pun menunggu. Cuaca sangat panas kat luar. Suhu dalam 30. Panas perit. Naik bas ke Souhtern Cross Station dan kemudiannya terus amik teksi ke kediaman kami.Ini pemandangan dari tingkap bilik. 

Bangunan yang nampak tu Melbourne..

Ok, ini dulu. Mau titon n rehat....