Thursday 23 February 2012

and the journey's begin

23/02/2012


Dan segalanya bermula pada hari ini, aku akan ke Melbourne untuk bersama hubby tersayang. Flight malam ni pada jam 10.30 malam dan di jangka tiba pada jam 9.20 pagi. Aku sampai ke Subang Airport jam 8.30 pagi. Sesi jalan2 dan melepak bersama kawan-kawan bermula. Tempat lepak kegemaran?. Midvalley la jawabnya heheh. Pertama yang aku cari untuk lunch ialah mee kari ayam fevret aku. Sangat Yummy!


Tempting tak? heheh

Lepak kat Midvalley ni sampai kul 4 petang je. Pastu terus ke LCCT. I dont wanna miss another flight ( I miss my flight dis morning and took another flight. Hangus RM 450.00. Lalallalala ). Sampai ke LCCT jam 5.30, aku dan Iza berpusing2 cari money changer, solat dan makan nugget je kat Mc D. Iza tunggu aku sampai aku boarding. Thanks Iza :). 

Ini kali ke 2 aku ke Melbourne dan sengaja amik flight malam. Perjalanan akan memakan masa selama 8 jam. Aku nak tido je. Last time pegi, amik flight siang dan hampir pensan kerana kebosanan dalam flight huwaaa!.Waktu subuh aku terjaga dan snap pic ni. 

Cantik kan?. SubhanAllah

Aku sampai ke Tullamarine Airport jam 9.20 pagi. Aku cepat2 cuba meloloskan diri dan keluar. Sebabnya tahu dah, akan beratur panjang untuk pemeriksaan pasport dan pemeriksaan beg yang berkali2. Kebetulan flight sama sampai dengan flight dari tempat lain. Orang sangat ramai dan beratur panjang. Jam 11 lebih baru aku keluar dari Tullamarine Aiport dan En. Hubby sudah pun menunggu. Cuaca sangat panas kat luar. Suhu dalam 30. Panas perit. Naik bas ke Souhtern Cross Station dan kemudiannya terus amik teksi ke kediaman kami.Ini pemandangan dari tingkap bilik. 

Bangunan yang nampak tu Melbourne..

Ok, ini dulu. Mau titon n rehat....


No comments:

Post a Comment