Wednesday 28 March 2012

Sesi pecahkan lemak di Royal Park

Lepas makan nasi kerabu dengan jayanya ( tambah 3 kali ), En.Hubby terus ajak jogging. Aku tanya kat mana. Kat Royal Park. Dan aku tak pernah sampai lagi Royal Park ni. Yey!. Aku terus dengan tergedik-gediknya nak pergi. 




Persediaan untuk keluar rumah, perlu memakai segala jenis benda dalam pic di atas. Huhu, sebabnya sinaran uv kat sini sangat kuat. Dah ada warga oz yang meninggal akibat dari kanser kulit. Seramai lebih kurang 400,000 warga oz yang didiagnosis mengidap penyakit ni. Jadi, langkah pencegahan perlu di ambil. Jadi aku sebenarnya sentiasa pakai losyen. Dalam rumah ke, luar rumah ke. Walaupun dah letak losyen dan krim pelembab sebakul kat muka, kulit aku masih menggelupas. Huhu.  Sebab, dah orang melayu kan?. Sejuk beku macam mana pun cuaca kat sini, nak kene mandi jugak walaupun sekali sehari. Bila mandi air panas, kulit akan jadi lebih kering dan lebih memerlukan losyen dan pelembab dalam kadar yang banyak dan segera. Fuhhh!. Penat membebel. Bila keluar rumah, kene pakai sunglasses. Kat sini it's a must, not fashion anymore huhu. Dah siap melosyen bagai, jom keluar


Taman depan rumah, cantik kan?.Bila cuaca cerah macam ni, best sket snap pic

Setelah berjogging ( lebih banyak jalan ) sampai nak pensan iaitu lebih kurang 2 km, maka sampailah ke Royal Park. Pastu aku tengok Royal Park tu punya la luas, terus rasa nak sambung pensan. Huwaaa!!. Tengokla peta kat bawah ni

Nampak tak yang bulat tu, aku pusing kat situ je.. hehehe

Jalan je terus rasa dahaga air. Tapi jangan bimbang, sememangnya bekalan air mineral bersih lagi sejuk menyamankan di sediakan bersepah-sepah kat sini. Bagus kan?. Peneguhan positif bagi mereka yang berjalan, berjogging, berbasikal dan tidak bagi mereka yang naik kereta hehehe.

Kita minum dulu!!!. Yang kat bawah tu air untuk anjing..

Kat sini aku bole tengok orang jogging 24 jam. Tak kira masa dan cuaca. Panas terik kah, sejuk beku kah, orang akan tetap berjogging. Juga tak kira tua muda, tolak anak dalam stroller pun boleh sambil berjogging, bawak anjing jalan-jalan sambil berjogging. Macam-macam pesen la. Bagus kan?. Taman depan rumah aku ni tak pernah tkde orang. Asyik penuh memanjang. Ok, dah habis merapu.. jom layan pic..hehe

Padang bulat yang luas, semak tu sengaja di biarkan. Bush area

Cantik kan nampak Melbourne dari sini

Burung-burung tengah korek tanah cari makan

OTW balik rumah aku jalan kaki je, lalu jalan yang tak pernah pergi. Terkejut bila sampai satu area tu bunyi burung sangat bising. Tengok2 ramai sangat burung kakak tua ( yang aku tkleh nak snap pic sbb bateri dh kong ) dan burung kat atas ni berkeliaran cari makan. Yang paling aku suka tgk burung kakak tua. Kaler sangat cantik, merah, hijau dan kuning. Bergayut2 di pokok. Penuh dan bising!. Suasana yang sangat best bagi pencinta binatang macam aku hahah. En. Hubby cakap aku boleh keje volunteer kat zoo tepi rumah tu haa. Kekeke. 

Okla, till then. Nak rehat dulu.



Nasi Kerabu Sambal Tumis dengan Ayam Goreng Crispy

Membesar di 3 buah negeri di pantai timur menjadikan aku sangat la familiar dengan masakan macam nasi kerabu, nasi dagang, laksa kelantan / lemak, kuih muih dan macam-macam lagi. Salah satunya ialah nasi kerabu ni. Selalunya mak aku akan masak nasi kerabu ni bila ke semua 7 adik beradik kami berkumpul. Sangat meriah dan semua orang akan makan, makan, makan  dan makan. Lepas tu kakak, abang dan adik aku akan susah hati sebab berat dah bertambah. Dan mereka akan berpuasa, insaf dan tak makan makanan yang mengandungi kolesterol dan sebagainya (owh, kakak, abang dan adik aku, jangan marah ye? kekeke ). Aku?. Alhamdulillah setakat ini aku adalah seorang yang mempunyai kadar metabolisme yang sangat tinggi. Berat aku yang paling melampau setakat ni ialah 46kg. Huhu. Ramai jugak kawan-kawan yang bising dan suruh aku tambah berat badan, tetapi aku sebenarnya sangat bahagia dengan diri aku. Makan la macam-macam pun, berat tetap macam tu jugak. Alhamdulillah.

So, hari ni aku craving dengan nasi kerabu. En. hubby tak percaya aku boleh masak nasi kerabu kat sini. Sebab dia rasa bahan-bahan untuk membuatnya sangat payah nak dapat. Well, satu perkara penting yang aku belajar kat sini ialah, bersyukur dengan apa yang ada dan hargainya. Apa saje bahan mentah yang aku beli semuanya akan aku manipulate untuk buat macam-macam. Ye la, sesetengah benda tu susah nak cari. Ada benda yang kalau kat Malaysia, dah lama buang tapi kat sini simpan je. Huhu.


                                  Nasi Kerabu Sambal Tumis dengan Ayam Goreng Crispy


Nasi Kerabu Sambal Tumis dengan Ayam Goreng Crispy ( untuk 2 orang berperut kecik makan )

Nasi kerabu selalunya warna biru, aku letak kunyit je bagi jadi kaler kuning. Heheh

Bahan-bahan untuk sambal tumis

Santan pekat ( aku guna satu tin kecik )
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Setengah inci halia
Sedikit cili boh
1 batang serai di ketuk
1 ulas asam keping ( cari yang paling kecik, sbb buat sikit je nanti masam huhu )
Sedikit garam

Bahan-bahan untuk kerabu ikan

2 ekor ikan sardin ( yang dalam tin tu ). Selalunya kat kg guna ikan selayang or ikan kembung yang digoreng
Kelapa parut
1 ulas bawang merah di hiris
sedikit halia di hiris
sedikit lada hitam
Sedikit garam dan gula

Budu selalunya tenyeh dengan cili padi je. Mak aku buat macam tu.
( aku dan hubby tak makan budu. Sebab aku alergik. So tak de )

Ulam-ulam
Sedikit kobis dihiris nipis
Kacang peas dihiris nipis ( ni je ulam nasi kerabu kami, kekek )

Ulam yang sepatutnya ada

Kacang panjang dihiris
Daun seylon dihiris
Taugeh
Daun kesom dihiris
Bunga kantan dihiris
Timun dihiris
Serai dihiris

Bahan Ayam Goreng Crispy

6 ketul dada ayam di potong dadu ( aku memang beli yang dah siap potong, so tkde choice la )
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Sedikit lada sulah, kalau tkde guna je lada hitam
Garam
Sedikit tepung jagung


Cara-cara

Sambal Tumis

1. Bawang putih, bawang merah, halia  dan cili boh tumis dengan menggunakan minyak yang banyak
2. Bila dah pecah minyak, masukkan santan dan serai yang dah di ketuk
3. Masukkan sikit air, sebab aku guna santan pekat
4. Masak sampai pekat dan masukkan asam keping ( aku masukkan lewat sbb tak nk masam )
5. Masukkan garam dan kacau sampai pecah minyak dan angkat ( lenguh jugak la tangan nak mengacau )

Kerabu ikan

Oleh kerana aku guna ikan sardin, jadi aku kukus dulu nak bagi hilang hanyir. Kukus dengan air dan asam keping serta sikit garam. Bagi mendidih sekejap dan angkat. Lenyekkan ikan

1. Goreng kelapa parut sampai sedikit kuning
2. Masukkan ikan yang dah di lenyekkan, bawang, halia, lada hitam, garam dan gula
3. Goreng sampai naik wangi dan kaler kelapa parut dah bertukar coklat. Jangan sampai hangit sudah. Kalau guna ikan goreng lagi sedap, terbau garing masa goreng ni.
4. Bila dah siap masak, masukkan semua dalam blender dan blend sampai halus.

                                                  Shredded coconut yang aku guna, huhu

Untuk ulam, aku cuma hiris nipis je kobis dan kacang peas tu. 

Ayam Goreng Crispy

1. Kisar bawang putih dan halia
2. Perapkan ayam bersama bahan kisar serta sedikit garam dan lada sulah ( Aku perap 1 jam, perap lagi lama lagi best )
3. Keluarkan ayam, golekkan dalam tepung jagung dan goreng sampai nampak kaler sedikit coklat. 

*Peringatan, minyak akan menjadi sangat kotor setelah mengggoreng ayam ini. Sebab tepung jagung yang hangus dan hitam dalam kuali. Goreng semua sekali je. Kalau goreng kali kedua dalam minyak yang sama, nampak sangat tidak cantik dan agak gelap kaler ayam tu nanti.

Ok, nasi kerabu siap untuk di makan. Lagi sedap kalau makan dengan telur masin, daging bakar, solok lada dan keropok keping. Huhu, nak kene makan balik nanti la. 





Sunday 25 March 2012

Melbourne Zoo

Zoo ni sebenarnya dekat je dengan rumah, jalan kaki dalam 2km sampailah. Tiket En.Hubbby dah beli secara online. Maka di satu pagi yang sungguh damai dan berbekalkan mihun goreng, kami berjalan kaki ke zoo. Aku sangat xcited sebab sememangnya aku sangat sukakan binatang. Huhu. Jalan slow-slow je sambil menikmati pemandangan. Kat sini aku biasa jalan je ke mana-mana. Sebab tak terasa pun penat berjalan dalam cuaca sejuk. Peluh pun tak keluar. Rata-rata orang akan berjalan je. Setakat 2 3 km itu biasa. Kami sampai ke zoo dalam pukul 11.00 pagi. Ramai sangat orang depan pintu zoo. Baru teringat, sebab cuti sekolah. Jadi  ramai ibu bapa amik peluang bawa anak-anak ke zoo. 


Pintu masuk zoo, ramai kan orang?

Ada 3 buah zoo di Victoria ( Melbourne dalam Victoria state) ni, Melbourne Zoo,Werribee Zoo dan Healesville Zoo. Melbourne zoo adalah yang terbesar dan Werribee pulak adalah berkonsepkan open range. Tourist akan di bawa naik bas untuk keliling zoo tu. Takleh jalan-jalan nanti kene baham. Kwang kwang. 

Masuk je zoo aku terus nampak tempat makan yang di sediakan untuk kemudahan pengunjung. Siap ada meja untuk buat BBQ lagi. Dan opkoss la bekalan air bersih ada di mana-mana. Ok, kita tengok peta zoo dulu

Yeay!. Jom jalan2..

Bilangan pelancong setiap tahun ke zoo ini adalah dalam lingkungan 1.6 million and it's Victoria largest paid tourism attraction. Huu.. boleh bayangkan tak?. Ada banyak sangat aktiviti yang di jalankan sepanjang tahun dan selain tu setiap hari jam 7 malam, memang ada rancangan The Zoo, memberikan segala info dan perkembangan terkini dalam zoo. Selalunya aku akan menjadi pak pacak depan tv jam 7 malam. Antara aktiviti yang di sediakan adalah kepada kanak-kanak. Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merasai peluang menjadi zoo keeper. Menarik kan?. So, kanak-kanak akan belajar tentang diet yang berbeza bagi setiap binatang, memahami tugas sebagai zoo keeper dan macam-macam lagi. 

Owh! Ye, kat sini pun ada volunteer work. Kat sini sangat banyak peluang untuk menjadi volunteer. Aku lihat ni sebagai satu peluang untuk berjinak dengan apa saja bidang yang mereka minat dan seterusnya bekerja dalam bidang yang mereka suka. Bukan bekerja kerana terpaksa. Bermula dengan kerja sebagai volunteer, kembangkan minat dan pengalaman, belajar dalam bidang yang sama kemudian bekerja. Ok dah banyak membebel. Jom layan pics..

Snow tiger, sangat comel. Aku dah zoom sehabis daya dah. Snow tiger tengah takde mood sebab kaco dia tido heheh

En. Beruang tengah makan jagung. Kami pergi ni waktu pagi, so samada binatang tengah tido, or tengah bekpes hehe

Tempat makan dalam zoo. Sangat banyak tempat makan macam ni.Pic gelap sebab masa ni sejuk. Aku tak reti nak adjust camera bagi nampak cerah. Huhu

En. King Kong /Gorilla tengah tunggu bekpes. Huhu, sedey, sebab king kong ni tunggu lama sangat depan cage tu. Dia tengok je kot celah2 besi tu, tunggu makanan dia. Sobb sobb

Jangan kacau kami!. Kami nak tido.. ZzzZzz..

Rama-rama pun tengah makan kat butterfly feeder

Hehe, "hati-hati". Dekat area orang utan dan gajah ni banyak perkataan melayu di gunakan. 

Hurm.. dah tak bole upload pic. Aku akan buat satu lagi entry pasal zoo ni dan letak pic lagi. Neway, kami berdua telah berjalan dalam zoo ni selama 5 jam. Tak sedar pun masa berlalu. Bila dapat je peta, kene rancang nak jalan ke mana sebab baru boleh cover semua tempat. Kalau tak, tak sempat cover. Tak best la kan, sebab dah datang. Balik, kami amik train sebab aku dah tak larat jalan heheh. 

Ok, nanti samung lagi..


Puding Roti Berkismis

Last week beli roti White Long Roles kat Coles. Oleh kerana saiznya besar gedabak, kami terpaksa bahagi dua setiap gulung roti tu bila nak makan.Saiznya sama dengan roti kat Subway, yang panjang tu. Kalau ke Subway, aku amik separuh je.


Neway,roti ni aku buat sandwich je, letak sosej rebus kat tengah pastu, letak salad, mustard, mayonnaise n sauce. Oh, sosej pun kene bahagi dua sebab panjang sangat dan kapasiti perut kami yang agak kecik. Aku agak prust sebab banyak bahan makanan yang mempunyai portion besar. Kalau beli, mesti kami tak habis makan sebab banyak sangat. Agaknya macam ni la omputih prust tengok sosej kat tempat kita yang kecik toet. Mesti derang rasa tak kenyang nak makan. Kwang kwang.


Besar tak roti ni?Huwaa!!

Maka roti yang besar gedabak ini kami tidak habis makan. Jadi, aku pun buat la puding roti heheh. Resepi yang senang bangat tahap gaban tapi sedap. Resepi ni opismate yang ajar. Dia rajin buat puding roti. Tapi aku buat ni version lain sket. Version orang perut kecik kekeke. 

Puding Roti Berkismis

Resepi Puding Roti Berkismis ( untuk 2 orang berperut kecik makan )

Bahan-bahan

Sedikit susu segar ( sebenarnya ikut bekas je, kalau bekas besar banyak la susu. Guna untuk rendam roti )
Sedikit roti dicubit-cubit ( satu gulung roti tu pun tak habis, sebab guna bekas kecik . Ikut saiz bekas, kalau bekas besar, letak la sampai penuh bekas tu )
1 sudu butter
1 sudu gula halus
1 biji telur
Sedikit esen vanila dan tepung jagung ( tak dapat bagi measure yang betul sbb semuanya main agak-agak je huhu )

Cara-cara

1. Cubit-cubitkan roti dan susun dalam bekas. Kalau dah bekas besar potong je la kot, atau siat. Kalau cubit jugak sampai malam la mencubit hehe
2.Tuangkan susu ke dalam bekas, jangan sampai penuh. Separuh bekas je dan sampai terendam roti. Rendam roti ni 30 minit.
3.Pukul butter dan gula ( guna sudu je, sebab sikit sangat heheh ).
4. Masukkan telur kemudian pukul sikit lagi dan seterusnya masukkan tepung jagung dan esen vanila
5. Masukkan semua bahan ni dalam bekas roti tadi. Sebab tu kene letak susu separuh je. Separuh lagi bahan-bahan ni pulak.
6. Taburkan kismis 
7. Bakar dalam oven dengan suhu 180 selama 30 minit. Kemudian siap untuk di ngappp!!


Saturday 24 March 2012

Ayam Teriyaki

Last week sorang member baik dok post kat fb pasal nak belanja adik dia makan chicken teriyaki. Aku terus tergedik2 nak jugak. So, kawan baik aku cadangkan cari resepi dan masak pastu tag dia kat fb. Dan dengan bahagianya aku cari resepi ni dalam internet. Jumpa kat sini http://rinnchan.fotopages.com/?entry=1809281. Terima kasih tuan punya blog kerana share resepi. 


Tak caya je resepi dia senang tahap gaban. Rasanya pulak.. memang marbeles la. Aku makan dengan nasi je. Nak resepi amik kat blog dia ye?. Aku letak pic ayam teriyaki yang dah siap masak.


Nyum nyum.. percayalahh.. memang sedap gile.

Kalau pegi subway, aku memang mintak inti ayam teriyaki ni. Kat jusco pun ada gak jual. Selalu la beli. Sedap..

Thursday 22 March 2012

Popia goreng simple

Kelmarin aku ke Laguna, salah satu asian market yang agak glemer di Melbourne ni. Kebanyakan yang diperlukan pasti ada kat Laguna. Lokasi dia agak tersorok. Tapi, sangat ramai orang. Kalau kebetulan berada di area berdekatan, aku dan En.Hubby mesti pergi sebab senang nak cari bahan nak masak. Kalau bahan mentah macam halia, lengkuas, serai, kicap kipas udang, budu dan segala jenis yang sewaktu dengannya, memang ada kat sini. Satu lagi choice untuk aku soping barang-barang macam ni kat St Alban. St Alban ni area suburb dan kene naik train untuk ke sana. Kalau pergi waktu hujung minggu tambang hanya 3 dollar. Tapi kalau bukan hujung minggu, dalam 11 dollar. Jenuh jugak la kalau nak pegi.


Anyway, dah beli kulit popia. Hari ni terus dengan rajinnya nk buat popia untuk minum petang. Bila bukak egi ais, baru perasan tkde sayur. Kwang kwang. Ada carrot secoet, kobis secoet ( lebihan buat coleslaw ) dan ada brokoli. Aku belasah je. 


Inilah rupanya popia yang siap di goreng.. yumm!

Resepi Popia Goreng Simple ( 10 gulung popia, seperti dalam gambar di atas )

Sedikit kobis ( di hiris )
Sedikit lobak merah ( dipotonng memanjang )
Sediki brokoli ( dihiris )
Sedikit ayam ( potong dadu kecik2 )
2 ulas bawang putih
1 biji telur
Sedikit stok ayam ( tak letak pun takpe )
Garam dan lada hitam sebagai perasa
Kulit popia 
Sedikit air untuk lekatkan popia
Minyak untuk menggoreng

*Sayuran optional (aku tk letak sebab ni je sayur yg ada kat rumah )
 Sekuang cina, timun dan taugeh

*Daging optional 
nugget, hot dog, semua jenis bahan mentah sejuk beku tu bole letak ( yang ni chef wan ajar dalam rancangan masakan )

Cara- cara

Potong dan hiris semua bahan

1. Tumis bawang putih bersama sedikit minyak. Goreng sampai sedikit kuning dan naik bau
2. Masukkan ayam dan goreng sampai separuh masak.
3. Masukkan stok ayam, kalau takde masuk air je takpe
4. Bila dah menggelegak dan ayam dah masak, masukkan semua sayur
5. Kacau dan jangan biarkan air kering 
6. Masukkan telur, kacau dan kemudian masukkan garam dan lada hitam

Ini rupa inti popia yang sudah di masak. Biar basah sikit. Jangan kering sangat

7. Bila inti dah siap, gulungkan dalam kulit popia
8. Tutupkan popia dengan kain lembab supaya tak kering dan patah
9. Lekatkan kulit popia dengan air

Ok, dah siap untuk di goreng. Yeay!

Sunday 11 March 2012

Shortbread Chocolate Chip Cookies

Satu petang tatkala En.Hubby sedang siap-siap nak berjogging dan aku sedang mencari2 idea nak masak apa. Kebetulan tertengok di FB ada kawan buat cupcakes, terus terasa tersangat rajin nak membuatnya. Pastu, teringat pulak En. Hubby cerita pasal penyelianya yang suka bawak cookies ke lab. Lalu aku bertanya pendapat En. Hubby.

"cookies n cupcakes mana best?"
"cookiess!!"

Hehe.. so aku buat cookies. Kebetulan cookies ni sangat simple n yummy.

Inilah rupanya Shortbread Chocolate Chip Cookies. Krup krap krup krap bila makan.

Resepi Shortbread Chocolate Chip Cookies ( 40 biji, saiz macam dalam gambar )

1 cawan tepung gandum ( di ayak )
1/2 cawan mentega tanpa garam ( kalau guna mentega yang ada garam tu, tak payah dah letak garam. Nanti masin)
Secubit garam
1/2 sudu baking powder
1/4 cawan castor sugar
1/2 sudu kecil vanilla essence
1/2 cawan semisweet chocolate chips ( kalau nk manis, letak la lebih. Aku tak suka manis hehe )

* Bole tambah kekacang dalam resepi ni kalau suka, macademia ke, pecan ke. Lagi sedap.
Letak M&M pun bole

Cara-cara

1. Panaskan oven 150c
2. Pukul mentega dan gula sampai kembang. Aku pukul guna senduk je. 
3. Masukkan tepung gandum, baking powder dan garam. Gaulkan
4. Masukkan semisweet coklat 
5. Sudukan adunan dan bentukkan bulat dengan tangan. Atau tekan2 je di atas tray yang dah di sapu butter atau guna baking paper
6. Bakar selama 10 minit
7. Sudah bakar, sejukkan cookies. Biarkan sebentar sampai sejuk, kemudian baru simpan dalam balang Nanti dia lebih rangup

Selamat mencuba!

Thursday 8 March 2012

Apam Yogurt Simple

Kelmarin dengan tergedi-gediknya aku dah beli periuk kukusan yg di buat dari buluh tu. Sangat comel dan yang penting murah. Oleh kerana musykil, aku tanya dengan pakcik kedai yang comel tu.Boleh tahan ke periuk kukusan ni?. Dia cakap, periuk ( bole panggil periuk ke?. Lantaklah ) ni ok, bole masak banyak kali n tkde masalah, katanya bersungguh-sungguh dengan menggunakan english pelat cina. Matanya merenung tepat ke muka aku, cakap sambil pegang periuk. Hehe, comel kan?. Ye pakcik, saya sangat percaya.


Tada!! Apam Yogurt bersama periuk kukusan comel. 

Resepi Apam Yogurt Simple ( 17 biji, seperti dalam gambar. Guna acuan kertas )

50 gm gula
2 biji telur
100 gm plain yogurt
1 sudu besar minyak masak
150 gm tepung gandum         }tepung dan baking powder di ayak bersama
2 sudu kecil baking powder

* Bagi yang suka manis, bole letak filling dalam apam ni. Blueberry ke, raspberry ke sebab rasa dia manis sikit2 je. Tapi, En. Hubby sangat suka makan dengan maple syrup. Katanya lagi sedap.

Cara- cara

1. Pukul gula dan telur sampai kembang. Pukul pakai senduk pun takde masalah
2. Masukkan yogurt, minyak masak. Pukul lagi
3. Masukkan baking powder dan tepung gandum dan pukul
4. Dah siap, masukkan dalam acuan yang keras. 

Aku guna cawan kertas tu, kesian kat apam nak mengembang dengan jayanya, sampai melebar2 ke tepi. So, jangan guna acuan kertas. Kalau nak letak filling, masukkan separuh dulu, letak filling pastu baru masukkan separuh lagi. Tak payah letak sampai penuh acuan sebab apam ni akan kembang dan gebu.

Nyum2.. bole di buat bekpes or minum petang. Sangat best!. 

Wednesday 7 March 2012

Royal Botanic Garden

Setelah puas melompat-lompat di SOR, aku dan En.Hubby berjalan kaki ke Royal Botanic Garden yang terletak setentang dengan SOR. Masih ada lagi bunga-bunga tinggalan dari spring. Tapi kebanyakannya dah tkde la. So, aku dengan bahagianya berpusing-pusing dan snap pic tak henti-henti.


Royal Botanic Garden ni mempunyai keluasan sebanyak 38 hektar dan mempunyai lebih kurang 10,000 jenis tanaman. Dibuka sejak tahun 1846 dan setiap tahun lebih kurang 1 juta pelancong datang ke sini.


Yang ni peta kanak-kanak punya version. Menarik kan?. Terus la budak2 rasa macam nak melompat bila tengok peta ni.


Yang ni peta version orang muda macam aku kekeke. Terus rasa macam nk pensan je nak round. Luas weii..

Neway, aku tetap sangat bahagia berjalan-jalan taman ni. Ada banyak section native vegetation, non native traditional, plants science dan macam-macam lagi. Haa.. kat taman ni jugak la aku jumpa serai dengan daun kesum. Tetiba terus rasa nak amik. Tapi, tak ambik pun heheh.

Ok, lets enjoy the pic..

Pokok bunga ni aku nampak masa memula masuk garden ni. Comel. Macam bawang putih je.. heheh

Menarik kan cara dia gubah pokok ni..

Pokok ni banyak jumpa kat laman rumah orang

Kacau En. lebah tengah cari makan, kekeke

Cantik tak?. Nama pokok ni, Auero Marginata , Gilt-edged Japanese Spindle Tree


Nama pokok ni comel, kakaka


Daun kesum!!!


En.rama-rama pulak tengah lunch


Tasik yang mendamaikan..


Eh?.Eh?.. ini kami.. heheheh :P


Sebenarnya banyak pagi pic yang aku snap dengan menggunakan smartphones yang mempunyai 8 megapixels je nih. Orang lain snap pic dengan kamera canggih2. Tapi, aku guna smartphones kesayangan nih. Aku tkleh nak update semua. Tak larat. Kakaka..

Till then, mau tido plak. Penat jalan..

Shrine Of Rememberance

Biasanya aku dan En.Hubby hanya akan keluar berjalan-jalan pada hujung minggu. Aku akan siapkan bekal dan bawak list barang untuk di beli sekali.Sebab hujung minggu tambang tram akan murah, 3 aud untuk sepanjang hari. Tapi  hari ni kebetulan aku perlu uruskan mengenai insuran sepanjang aku di Melbourne. Yup!. Untuk menjadi permanent residence dekat sini kena amik insuran. Kalau tak, tak dapat visa pun. Huhuhu. Dan bayarannya agak mahal walaupun aku telah mengambil pakej yang paling cikai. Lepas tu, kene uruskan dalam masa 14 hari setelah sampai. Kebetulan hari ni En.Hubby free, so keluar hari ni je la. Masa keluar ni, aku pakai 2 layer. Sejuk bangat. Cuaca kat sini boleh berubah ikut suka hati. Kadang - kadang dalam sehari boleh rasa 4 musim, pagi winter, tengahari summer, pastu autum n spring. Pagi sejuk gile, tengahari dah panas, siap kene bukak cardigan. Pastu tetiba sejuk semula, pakai balik n so on. Macam tu la.


Neway, pejabat insuran tu terletak di St Kilda Rd. Di area berdekatan ni terletaknya Shrine Of Remembrance. So, we decided to go there after finished all the insurance matter.


Pic agak gelap sebab masa ni mendung.. huhu


Shrine Of Remembrance (SOR) dibina untuk memperingati warga Victoria yang terkorban dalam Perang. SOR ini merupakan war memorial yang terbesar di Australia. Kat sini, memang menjadi satu budaya untuk membuat memorial park bagi memperingati mereka yang sudah tiada. Di area Uni Of Melb ada satu lagi park untuk memperingati 88 orang  warga Australia yang terkorban dalam kejadian bom di Bali.


SOR ni siap di bina dalam tahun 1934. Huhu dah lama kan. Kebanyakan bangunan di Melbourne ni adalah bangunan lama yang sangat klasik senibinanya.


Ok, haa ni cerah sikit. Belah sini mengadap matahari

Aku dan En. Hubby masuk ke dalam SOR ni. Ada 2 tingkat. Bahagian bawah terbahagi kepada 4 penjuru pulak. Kat tengah2 tu ada macam kubur je.. hehehe.. aku tk berminat nk tengok. Kalau nak pegi ke bahagian tengah tu , ada cerita yang sengaja di tulis bahagian lantai dengan niat supaya, sesapa yang nak baca kene bow la dulu. Ye la kan, sebagai tanda menghormati. Aku tak amik port. Just nak naik atas dan tengok view Melbourne.Owh ye, kalau masuk dalam ni tkleh pakai topi.Kalau lalu tepi kubur pun tkleh pakai topi.  Di anggap sebagai tak menghormati roh, huhu. Itu budaya orang yang kita perlu belajar hehe.  Ok, jom layan pic. 

Kat tingkat atas, cantik kan nampak Melbourne


Snap pic dari sisi lain pulak, nampak Royal Botanic Garden kat depan tu..


Satu lagi pandangan dari sisi


The Eternal Flame. Api ini tidak pernah padam sejak dari tahun 1954. Dah 58 tahun. Huhuhu. Tak caya?. Baca keterangan pic bawah ni pulak


Aiseh, sila click untuk besarkan sikit. Aku tk reti nk uplod pic besar, sebab takut lembab.

Masa aku datang ni, ada group pelancong dari korea dan ada group budak-budak sekolah. Tahun 2002-2003 visitor center di bina untuk tujuan education. Dalam dia ada classroom, meeting room siap dengan audio visual center lagi huhu. 

Kat sini aku asyik berjalan je, dan aku memang suka berjalan. Bagus untuk kesihatan jantung anda. Jangan bimbang pasal dahaga air, sebab bekalan air mineral yang bersih di sediakan di merata-rata tempat.Kat sini , air mineral lagi mahal dari air manis. Selalunya akan bawak botol sendiri je, dan top up air kat mana-mana. Contoh paip macam kat bawah ni

Hehe, ni paip air kat zoo

Ok, ni dulu. Nanti sambung lagi...