Thursday 26 April 2012

Melbourne Bike Share Tour

2 minggu lepas aku dan En.Hubby merayap dengan berbasikal. Last time aku naik basikal rasanya masa aku form 5. Berbelas tahun yang lepas. Heh!.Xcited untuk naik beskal lagi. Di Melbourne ada perkhidmatan Melbourne Bike Share. Ini adalah salah satu cara untuk tourist pusing seluruh Melbourne. Dengan menyediakan 50 buah stesen basikal, ia sebenarnya sangat mudah. Dan sebenarnya pulak, bila mengayuh basikal dengan cardigan yang labuh serta angin kuat itu tidak mudah. Huwaaa!!. Ponek den ngayuh, benti banyak kali huhu. Ok jom layan pics.


Melbourne Bike Share..

Inilah beskalnya. Comel kan?.Nampak je macam berat, tapi sebenarnya ringan. Owh, aku kene betulkan tempat duduk yang paling rendah, kalau tak, insyaAllah aku tkleh naik. Hehehe

Haa ni lah mesin sewa. Guna credit card je. Kami berdua guna beskal dalam sejam lebih 14 Aud. Ok la tu. Tapi dia dah siap nasihatkan kat sini, kalau nak guna free je beskal ni, setiap 30 minit kene hantar beskal, pastu pinjam semula. Bagus kan?. Stesen beskal ni ada merata-rata, bukannya kalau pinjam kat stesen B, kene hantar kat situ jugak. Hehe

Dah nak kayuh beskal, kene la pakai helmet. Sila dapatkan helmet ni yang sangat comel dengan harga 5 Aud saje kat mana2 kedai 7 eleven. Murah tahap gaban. En. Hubby tak puas hati tengok helmet aku yang cantik dan murah. Hehehe. Kat sini kene pakai helmet, kalo tak kene saman.

 Heheh, baca jangan tak baca..

Inilah tasik kat Albert Park. Aku sebenarnya berhenti kejap tu, penat mengayuh hahaha

Pengalaman ni antara yang paling best. Walaupun penat, aku sebenarnya sangat enjoy mengayuh beskal. Dapat merasa kepayahan melawan angin kuat, huhu.

Melbourne Museum II

Ok, ini sambung pic dari entry lepas. Banyak pic yang aku snap, tapi tak banyak yang dapat upload huhu.
 Ini bahagian jenis-jenis binatang, nampak tak kotak-kotak yang macam bercahaya kat bawah tu. Itu adalah penerangan tentang binatang. Sangat-sangat menarik

Ok, ni part yang sangat buat aku kagum. Di screen ni, ada semua binatang yang di pamerkan.Kita touch je kat pic binatang yang kita nak tahu, terus maklumat akan keluar macam dalam gambar kat atas. Siap tulis, binatang ni wujud lagi ke tak. Pastu pangkah je la, touch pulak pic binatang yang lain. Aku dan En. Hubby sangat ralit membaca maklumat tentang binatang-binatang ni heheh

 Ini kura - kura gergasi, compare je la dengan En. Hubby yang tengah baca info tu. Nampak besar sangat kan?. Yang menarik tentang kura-kura gergasi ni ialah, dia dah berusia 4 million dan dah di bentangkan dalam International Exhibition di Melbourne pada tahun 1880-81. Huhu, tahun ni Melbourne dah buat international exhibition. Congratss!!!

Hehe, geli tengok. Tapi impress, dia kumpul semua kumbang ni untuk tengok proses pembesarannya. Bukan setakat kumbang ni je, bermacam jenis serangga yang lain lagi.

Yahuu!!. Dolphin atas kepala.. heheh

Pelbagai jenis mineral pun ada dalam museum ni. Cantik kan?

Ok, huhu setakat tu dulu bole upload pic. Bila click kat upload, blogspot dah tak bagi dah. Huhu, kejam. 

Saturday 21 April 2012

Melbourne Museum

Sabtu, 7 April 2012


Tarikh yang sama pegi tengok Titanic. Sebenarnya memang plan nak tengok Titanic, since IMAX adalah satu bangunan je dengan Melbourne Museum, kenapa tak amik peluang untuk merayap dalam museum terlebih dahulu. Kih kih. En. Hubby cakap kalau student dapat tiket free je. Kalo tak kene bayar 10Aud. Huhu, aku pun mencuba nasib memberi student card aku . Tak sangka betul, walaupun student card luar dari OZ tetap diterima. Yeay! Bole masuk free dan keluar masuk ikut sesuka hati sepanjang hari. Jom layan pics.


Ok, jom masuk museum

 Ni la bangunan dia, sangat canggih bangunan ni sampai aku rasa macam bukan bangunan. Dinding dia semua kaca. Cantik kan?

Masuk2 je jumpa rangka ikan paus ni..sangat besar tahap gaban. Huhu. Impress. Aku tak pernah tgk rangka ikan paus secara live

Aku tkleh snap pic T-Rex sebab terlalu besar hehe. Jadi aku snap pic burung apa tah ni


Sangat frust sebab tkleh upload banyak pic. Aku buat sambungan next entry. Nak pi memasak jup heheheh


Tuesday 17 April 2012

Projek makan-makan

Hari ahad lepas, kami berdua buat projek makan-makan. Sepatutnya buat seminggu awal, tapi tarikh tu semua kawan2 ada hal. Jadi, kami tunda seminggu. Alhamdulillah kebanyakan kawan-kawan free.Aku dah memang planning nak masak laksa asam, red velvet n karipap sardin. Oleh kerana semuanya buat sendiri ( dan aku sebenarnya memang sangat enjoy ) maka aku buat sikit-sikit. Hari jumaat, malamnya aku dah buat kek red velvet. Sebab kek ni kene simpan dalam peti ais baru lagi best. So, buatlah dia dulu. Ini red velvet aku yang sangat comot. 


Comot tak?.Takpela, first attempt heheh. Comot tapi sedap

Kesalahan aku kat kek ni ialah, aku tak potong kek bagi sama rata. Jadi bila buat 3 layer macam tu, macam nak jatuh je kek aku dan tak nampak macam satu kek. Tapi 3 kek. Kakakak. Aku baked cake ni 3 kali sebab oven kecik. Pastu sayang pulak nak potong bagi sama rata. Potong jugak la, tapi potong sikit je. Last2 jadi camni la. Heheh. Pastu aku rasa aku salah beli cream cheese. Aku beli yang Philadelphia tu, kaler dia cream. Aku tengok frosting cheese yang orang lain buat kaler putih. Muahehe. Lantakla labu, janji sodap!. Well resepi red velvel ni aku amik kat intan berlian. Terima kasih intan sebab share resepi kek red velvet yang sangat sodap ni. 

Ok, sambung cerita semula. Sudah buat red velvet aku pensan. Dah lewat malam dah. Baked 3 cake lak tu. Pagi sabtu hubby dah janji nak bawak aku keluar jalan2 ke Coburg. Kami keluar awal pagi dan sampai rumah dalam jam 3 lebih. Aku rehat kejap n then terus buat frosting cheese untuk red velvet. Dah siap terus buat inti karipap sardin. Inti karipap ni aku buat macam biasa aku masak sardin je. Cuma tak letak sos dan kicap. 

Karipap yang belum di goreng
Resepi Karipap Sardin

1/2 tin sardin saiz besar dilenyek ( ambil ikan saje, kuah buang )
2 ulas bawang putih dihiris
1 biji kentang di potong dadu
seikat daun sup dihiris
1 cawan air
1 inci halia
4 sudu cili boh
Garam dan lada hitam sebagai perasa
Minyak untuk menumis

Cara-Cara

1.Tumis bawang putih dan halia
2. Masukkan cili boh, kacau hingga naik bau dan masukkan kentang
3. Goreng sebentar dan kemudian masukkan air
4.Bila kentang dah masak, masukkan ikan sardin yang dah dilenyek
5. Goreng sampai sedikit kering, masukkan garam, lada hitam dan daun sup. Kemudian angkat.


Resepi doh kulit karipap ( 38 biji, saiz macam dalam pic )

2 cawan tepung gandum
1 sudu majerin 
2 sudu minyak masak ( panaskan atas dapur bersama majerin )
sedikit garam dan air 


Cara-cara 

1. Panaskan minyak dan majerin sehingga sedikit berbuih dan majerin cair
2. Masukkan dalam tepung gandum
3. Kacau dengan senduk, biar sejuk sebentar baru gaul dengan tangan
4. Masukkan garam dan air sedikit demi sedikit sambil uli dan doh dah tak melekat di tangan. Da siap, bole la gelek dan isi inti karipap. 


Okeh, dah siap karipap, aku goreng sikit dalam minyak panas supaya karipap tak melekat dan kulitnya tak tembus. Simpan dalam peti untuk di jadikan karipap frozen. Lepas tu aku terus buat kuah laksa. Sebab aku ajak makan untuk tengahari, tak nak kelam kabut pagi2. So, aku buat kuah laksa siap-siap supaya esok tinggal nak tambah apa yang tak cukup je. Telur pun aku dah rebus siap-siap. Kat rumah ni guna electric stove, so amik masa sikit untuk panas. 

Laksa asam 

Resepi Laksa Asam ( untuk 15 orang makan )

3 peket laksa basah
2 tin sardin saiz besar
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar
10 sudu cili boh
2 inci halia
5 biji cili padi ( guna 5 je sebab pedas tahap gaban )
1 hiris asam keping ( aku tak suka masam sangat )
sedikit belacan ( untuk aku sendiri aku tak letak )
seikat daun kesum
Bunga kantan ( aku tk letak sebab tak jumpa cari kat sini )
Garam untuk perasa

Bahan sampingan laksa

Timun dihiris memanjang
Telur rebus dipotong kecik2
Nenas ( aku beli dalam tin je ) dihiris
Bawang besar dihiris
Cili merah dihiris
Daun salad dihiris

Cara-cara

1. Ambil ikan sardin dan buang kuahnya. Basuh dan rebus ikan sardin bersama air, garam dan asam keping
2. Bila dah gelegak dan naik bau, masukkan ikan dan kuahnya dalam blender. Kisar bersama bawang besar, bawang merah, bawang putih dan halia
3. Masukkan ke dalam periuk dan tambahkan air,cili boh dan belacan
4. Bila dah gelegak, masukkan daun kesum dan bunga kantan kalau ada dan letak garam. Da siap. 


Lepas buat kuah laksa, terus pensan. Pagi sabtu, cuma sediakan ulam-ulam untuk laksa dan goreng karipap. En. Hubby ambil alih bahagian deko dan kemas rumah kami yang sangat comel ni. Tengahari semua kawan-kawan datang. Sangat seronok dan memang plan nak buat makan-makan lagi.

Saturday 7 April 2012

IMAX Melbourne

Kelmarin adalah hari untuk merayap. En.Hubby telah bawa aku ke IMAX untuk tengok Titanic 3D. Yeay!!. IMAX ni satu bangunan dengan Melbourne Museum. Setentang dengan museum ni pulak ialah Royal Exhibition Building. So, banyaklah tempat bole jalan-jalan dan snap pic. Tapi, yang sedihnya kami tak di benarkan masuk ke Royal Exhibition Building. Kebetulan tengah ada Islamic Conference Australia kat situ. Nak masuk kene bayar duit sebagai participant.Huhu. Takpe, takde rezeki. Mungkin lain kali je. 


Neway, aku nak cerita pasal IMAX. IMAX ni adalah wayang version skrin besar tahap gaban. Saiz skrin dia sama dengan 7 tingkat bas. Imagine la sendiri ye. Bila aku google, kat Malaysia pun ada IMAX. Aku tak pernah pergi. Kalau kat Malaysia ada kat Berjaya Times Square.


Kat sini, IMAX Melbourne adalah skrin yang ke tiga terbesar di dunia. Huhu, aku sangat teruja nak masuk sebab nak tengok sangat kat dalam tu macam mana. Jam 2.50 aku dah beratur untuk masuk ke dalam. Masuk je ke dalam, aku ternganga sekejap melihat skrin yang besar tahap apa pun tk tahu la nak cakap. Ruang dalam dia macam kat Istana Budaya, dengan kerusi yang sedikit cerun berbanding panggung wayang biasa. Aku cari seat, cepat-cepat snap pic. Tetapi almaklum sajelah, dalam wayang yang tak berapa nak cerah macam mana la nk snap pic skrin yang besar tu. Skrin ni berukuran 32 meter x 23 meter, huh!. Besar kan?.Ini ada info pasal IMAX . Bole baca kat situ sebab aku malas nak translate. Hahah. 


Jadi model IMAX jup, hehehe. Ni kat bahagian luar

Masuk je, terpampang kat lantai. Biggest screen. Yup, the biggest screen in OZ

Tempat beli tiket, En. Hubby dah beli tiket secara online

Tempat lepak sementara tunggu nak masuk

Rasa tak cukup kerusi?

Skrin kat dalam, heheheh

IMAX kat sini hanya untuk filem 3D sahaja. Kalau nak tengok filem tak 3D, kene cari wayang lain le huhu. 

That's all for now. Nanti merapu lagi..


Thursday 5 April 2012

It's Autumn in my heart


Cantiknya langit dan awan.. suka suka. SubhanAllah..

Fuhh!! Tajuk entry yang membuatkan aku sendiri rasa nak pensan. Kwang kwang. 1 April 2012, is officially Autumn. Summer telah mengucapkan bai bai dan memberi laluan pada autumn pulak untuk mengekspresikan musimnya. Sejujurnya aku tak terasa kedatangan autumn kecuali bila melihat daun-daun mula kekuningan dan berguguran dengan sangat cantik. SubhanAllah. Suhu di Melbourne masih lagi sama. Bermain hiding and seek setiap waktu. Adakala sejuk sampai menggigil ( aku je la, sebab tak cukup lemak ) dan adakalanya panas perit membahang. Antara keduanya, aku lebih suka panas, tapi taklah time panas perit tu. Sebab bila panas, sangat best untuk keluar dan orang akan penuh di taman dan makan merata-rata. Dalam erti kata lain, bila panas je terus meriah. 


Sekarang ni minggu pertama Autumn dan suhu hari ni 24. Cuaca sangat cantik dan langit biru. Lepas ni akan sejuk dan suhu jadi belas-belas huhu. Aku akan kebekuan dan memakai cardigan serta stokin dalam rumah. Sebenarnya apa pun suhu dan cuaca, aku tetap akan enjoy sepenuhnya. Menghargai ruang, peluang dan ketika. Alhamdulillah, dibenarkan untuk merasai semua anugerah Allah ini. Alhamdulillah.

Selamat datang autumn..biarkan daun kering itu berguguran...


Suasana waktu pagi di Melbourne. Masa ni jam 9.26 pagi. Sejuk gaban dengan suhu 14 ( sejuk tang angin, sebab angin kuat )

Matahari masih bersembunyi balik awan..

Daun maple berguguran dan bertaburan. En.Hubby telah menjadi model di situ.. kekeke



Note: Lupa nak share, kami berdua terlewat bangun untuk solat subuh gara-gara pertukaran masa dan musim. Terjaga bila alam berbunyi jam 6.30, tapi waktu sebenarnya adalah 7.30 pagi. Huhuhu, mangsa keadaan. 1 April bermulanya autumn dan secara automatik ( subhanAllah ) masa terus berubah, siang telah menjadi semakin pendek dan malam menjadi semakin panjang. Pada waktu summer, beza antara Malaysia dan Oz ialah 3 jam, tapi pada waktu Autumn beza masa adalah 2 jam. Jam 6 petang sama gelap macam jam 8 malam di Malaysia.

Wednesday 4 April 2012

Ikan Masak Stim Halia

Hari Sabtu lepas, kami ke Victoria Market. Victoria Market ini adalah pasar besar dalam Melbourne. Dekat je dengan rumah. Naik tram dalam 15 minit sampaila. Pasar ni tutup awal, dalam pukul 2 petang. Kalau hujung minggu tutup kul 3 petang. So, kalau nak cari barang dapur kene pegi cepat-cepat. 


Aku dan En.Hubby sampai ke Victoria Market dalam kul 1 lebih. Terkejut sangat ramai orang dan sangat bising. Rupanya acara melelong telah bermula sebab pasar dah nak tutup. Waa.. best best. Sebab dapat beli barang dengan harga yang murah. Kami beli pisang comel sesikat 1.50 Aud saje. Pastu beli taugeh 1 Aud, buah pic 1 Aud, sayur-sayur yang murah dan macam-macam lagi. Habis memborong sayur dan buah, kami ke bahagian pasar basah. Kat bahagian ni, aku hanya beli ikan. Daging tk beli kat sini. Tak halal. Ikan agak mahal, kami beli ikan white bream, 2 ekor dan harganya 11 Aud. Nampak sangat ikan siakap kat pasar. Tapi dek kerana harganya sangat mahal, aku tengok saje la huhu. Untuk ikan yang ni aku memang nak masak stim halia. Resepi ni aku amik dari buku resepi yang aku lupa tajuknya dan pengarangnya. Buku ni cousin aku yang bagi hadiah masa aku kawin. Dia cakap, mesti aku akan guna hadiah dari dia sepanjang hayat. Eh? Betul la.. heheh terima kasih cousinku sayang. Aku dah cuba resepi ni 2 3 kali kat rumah. Tak berapa jadi dan aku alter sedikit dengan berpandukan resepi yang cari dalam internet pulak. 

Ikan Masak Stim Halia

Resepi Ikan Masak Stim Halia ( untuk ikan bersaiz sederhana seperti dalam gambar )

Bahan - Bahan

1 ekor ikan bersaiz sederhana (aku guna white bream)
3 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
2 inci halia di hiris ( aku rasa aku letak lagi banyak hehe )
Suku batang lobak merah dihiris panjang
Daun ketumbar dihiris
1 sudu sos tiram
2 sudu kicap cair
4 sudu jus limau nipis
1 sudu kecil gula
setengah cawan air
1 biji tomato          } ni untuk letak bila dah sudah masak 
2 biji lada di hiris 

Cara-cara

1.Bersihkan ikan dan letak dalam pinggan yang berlekuk ( bole tampung air, macam dalam pic )
2. Taburkan semua bahan-bahan yang di hiris di atas ikan
3. Satukan sos tiram, kicap cair, limau nipis, air dan gula dalam mangkuk dan kacau. Kemudian curahkan atas ikan
4. Kukus selama 20 - 25 minit

Siap untuk di makan.. yummy!!