Wednesday 4 April 2012

Ikan Masak Stim Halia

Hari Sabtu lepas, kami ke Victoria Market. Victoria Market ini adalah pasar besar dalam Melbourne. Dekat je dengan rumah. Naik tram dalam 15 minit sampaila. Pasar ni tutup awal, dalam pukul 2 petang. Kalau hujung minggu tutup kul 3 petang. So, kalau nak cari barang dapur kene pegi cepat-cepat. 


Aku dan En.Hubby sampai ke Victoria Market dalam kul 1 lebih. Terkejut sangat ramai orang dan sangat bising. Rupanya acara melelong telah bermula sebab pasar dah nak tutup. Waa.. best best. Sebab dapat beli barang dengan harga yang murah. Kami beli pisang comel sesikat 1.50 Aud saje. Pastu beli taugeh 1 Aud, buah pic 1 Aud, sayur-sayur yang murah dan macam-macam lagi. Habis memborong sayur dan buah, kami ke bahagian pasar basah. Kat bahagian ni, aku hanya beli ikan. Daging tk beli kat sini. Tak halal. Ikan agak mahal, kami beli ikan white bream, 2 ekor dan harganya 11 Aud. Nampak sangat ikan siakap kat pasar. Tapi dek kerana harganya sangat mahal, aku tengok saje la huhu. Untuk ikan yang ni aku memang nak masak stim halia. Resepi ni aku amik dari buku resepi yang aku lupa tajuknya dan pengarangnya. Buku ni cousin aku yang bagi hadiah masa aku kawin. Dia cakap, mesti aku akan guna hadiah dari dia sepanjang hayat. Eh? Betul la.. heheh terima kasih cousinku sayang. Aku dah cuba resepi ni 2 3 kali kat rumah. Tak berapa jadi dan aku alter sedikit dengan berpandukan resepi yang cari dalam internet pulak. 

Ikan Masak Stim Halia

Resepi Ikan Masak Stim Halia ( untuk ikan bersaiz sederhana seperti dalam gambar )

Bahan - Bahan

1 ekor ikan bersaiz sederhana (aku guna white bream)
3 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
2 inci halia di hiris ( aku rasa aku letak lagi banyak hehe )
Suku batang lobak merah dihiris panjang
Daun ketumbar dihiris
1 sudu sos tiram
2 sudu kicap cair
4 sudu jus limau nipis
1 sudu kecil gula
setengah cawan air
1 biji tomato          } ni untuk letak bila dah sudah masak 
2 biji lada di hiris 

Cara-cara

1.Bersihkan ikan dan letak dalam pinggan yang berlekuk ( bole tampung air, macam dalam pic )
2. Taburkan semua bahan-bahan yang di hiris di atas ikan
3. Satukan sos tiram, kicap cair, limau nipis, air dan gula dalam mangkuk dan kacau. Kemudian curahkan atas ikan
4. Kukus selama 20 - 25 minit

Siap untuk di makan.. yummy!!



No comments:

Post a Comment