Wednesday 28 March 2012

Nasi Kerabu Sambal Tumis dengan Ayam Goreng Crispy

Membesar di 3 buah negeri di pantai timur menjadikan aku sangat la familiar dengan masakan macam nasi kerabu, nasi dagang, laksa kelantan / lemak, kuih muih dan macam-macam lagi. Salah satunya ialah nasi kerabu ni. Selalunya mak aku akan masak nasi kerabu ni bila ke semua 7 adik beradik kami berkumpul. Sangat meriah dan semua orang akan makan, makan, makan  dan makan. Lepas tu kakak, abang dan adik aku akan susah hati sebab berat dah bertambah. Dan mereka akan berpuasa, insaf dan tak makan makanan yang mengandungi kolesterol dan sebagainya (owh, kakak, abang dan adik aku, jangan marah ye? kekeke ). Aku?. Alhamdulillah setakat ini aku adalah seorang yang mempunyai kadar metabolisme yang sangat tinggi. Berat aku yang paling melampau setakat ni ialah 46kg. Huhu. Ramai jugak kawan-kawan yang bising dan suruh aku tambah berat badan, tetapi aku sebenarnya sangat bahagia dengan diri aku. Makan la macam-macam pun, berat tetap macam tu jugak. Alhamdulillah.

So, hari ni aku craving dengan nasi kerabu. En. hubby tak percaya aku boleh masak nasi kerabu kat sini. Sebab dia rasa bahan-bahan untuk membuatnya sangat payah nak dapat. Well, satu perkara penting yang aku belajar kat sini ialah, bersyukur dengan apa yang ada dan hargainya. Apa saje bahan mentah yang aku beli semuanya akan aku manipulate untuk buat macam-macam. Ye la, sesetengah benda tu susah nak cari. Ada benda yang kalau kat Malaysia, dah lama buang tapi kat sini simpan je. Huhu.


                                  Nasi Kerabu Sambal Tumis dengan Ayam Goreng Crispy


Nasi Kerabu Sambal Tumis dengan Ayam Goreng Crispy ( untuk 2 orang berperut kecik makan )

Nasi kerabu selalunya warna biru, aku letak kunyit je bagi jadi kaler kuning. Heheh

Bahan-bahan untuk sambal tumis

Santan pekat ( aku guna satu tin kecik )
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Setengah inci halia
Sedikit cili boh
1 batang serai di ketuk
1 ulas asam keping ( cari yang paling kecik, sbb buat sikit je nanti masam huhu )
Sedikit garam

Bahan-bahan untuk kerabu ikan

2 ekor ikan sardin ( yang dalam tin tu ). Selalunya kat kg guna ikan selayang or ikan kembung yang digoreng
Kelapa parut
1 ulas bawang merah di hiris
sedikit halia di hiris
sedikit lada hitam
Sedikit garam dan gula

Budu selalunya tenyeh dengan cili padi je. Mak aku buat macam tu.
( aku dan hubby tak makan budu. Sebab aku alergik. So tak de )

Ulam-ulam
Sedikit kobis dihiris nipis
Kacang peas dihiris nipis ( ni je ulam nasi kerabu kami, kekek )

Ulam yang sepatutnya ada

Kacang panjang dihiris
Daun seylon dihiris
Taugeh
Daun kesom dihiris
Bunga kantan dihiris
Timun dihiris
Serai dihiris

Bahan Ayam Goreng Crispy

6 ketul dada ayam di potong dadu ( aku memang beli yang dah siap potong, so tkde choice la )
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Sedikit lada sulah, kalau tkde guna je lada hitam
Garam
Sedikit tepung jagung


Cara-cara

Sambal Tumis

1. Bawang putih, bawang merah, halia  dan cili boh tumis dengan menggunakan minyak yang banyak
2. Bila dah pecah minyak, masukkan santan dan serai yang dah di ketuk
3. Masukkan sikit air, sebab aku guna santan pekat
4. Masak sampai pekat dan masukkan asam keping ( aku masukkan lewat sbb tak nk masam )
5. Masukkan garam dan kacau sampai pecah minyak dan angkat ( lenguh jugak la tangan nak mengacau )

Kerabu ikan

Oleh kerana aku guna ikan sardin, jadi aku kukus dulu nak bagi hilang hanyir. Kukus dengan air dan asam keping serta sikit garam. Bagi mendidih sekejap dan angkat. Lenyekkan ikan

1. Goreng kelapa parut sampai sedikit kuning
2. Masukkan ikan yang dah di lenyekkan, bawang, halia, lada hitam, garam dan gula
3. Goreng sampai naik wangi dan kaler kelapa parut dah bertukar coklat. Jangan sampai hangit sudah. Kalau guna ikan goreng lagi sedap, terbau garing masa goreng ni.
4. Bila dah siap masak, masukkan semua dalam blender dan blend sampai halus.

                                                  Shredded coconut yang aku guna, huhu

Untuk ulam, aku cuma hiris nipis je kobis dan kacang peas tu. 

Ayam Goreng Crispy

1. Kisar bawang putih dan halia
2. Perapkan ayam bersama bahan kisar serta sedikit garam dan lada sulah ( Aku perap 1 jam, perap lagi lama lagi best )
3. Keluarkan ayam, golekkan dalam tepung jagung dan goreng sampai nampak kaler sedikit coklat. 

*Peringatan, minyak akan menjadi sangat kotor setelah mengggoreng ayam ini. Sebab tepung jagung yang hangus dan hitam dalam kuali. Goreng semua sekali je. Kalau goreng kali kedua dalam minyak yang sama, nampak sangat tidak cantik dan agak gelap kaler ayam tu nanti.

Ok, nasi kerabu siap untuk di makan. Lagi sedap kalau makan dengan telur masin, daging bakar, solok lada dan keropok keping. Huhu, nak kene makan balik nanti la. 





No comments:

Post a Comment