Saturday 21 July 2012

Salam Ramadhan

Alhamdulillah, 1 ramadhan dilalui dengan agak lembik dan penat. Dan 1 ramadhan ini jugak, baby dalam perut ni berusia genap 7 minggu. Dok elok2 dalam perut mommy ye sayang. Mommy loves u very much!. 4 hari lepas sebenarnya aku telah dirujuk ke emergency ward Royal Women Hospital kerana bleeding yang masih belum berhenti setelah 2 minggu. Walaupun dah di gesa-gesa oleh doc kat MelbUni utk segera ke bahagian emergency, aku masih mengheret2 En.Hubby ke kedai makan dahulu. Sebabnya aku sudah tersangat lapar tahap dah tk boleh nk jalan. Begitulah rupanya ibu mengandung. Lapar setiap sejam lebih, lapar macam tak pernah makan apa2. Tapi tak boleh makan banyak. Kalau tak muntah, kalau tak makan pun tetap muntah. Sinki kat dapur tu dah bertukar menjadi kawan baik, selain dari minyak cap kapak. Alhamdulillah, betapa besarnya nikmat Allah. Menyediakan seorang ibu itu untuk menjadi seorang yang sangat sabar. 


Setelah makan cuma sedikit, aku dan En.Hubby terus ke hospital.Memula kami tersalah hospital. Ye la kan, selama ni sihat je. Mana pernah sakit. Tak pernah ambil pusing. Sampai ke bahagian Emergency Royal Women Hospital, kerani kaunter yang sangat peramah dan baik hati tu terus bagi handout utk aku baca. Berkenaan bleeding in early pregnancy. Tetiba aku rasa sangat bersyukur, kerana akhirnya bertemu tempat yang betul. 2 orang doc sebelum ni, blur2 dan sorang tu ckp kat aku," I'm not pregnancy doc". Aku cuma mampu senyum dalam hampa. Memula tekanan darah di ambil, doc tu siap buat lawak n usik aku, kata betapa keciknya lengan aku. Heheh. Setelah itu urine test pula di ambil. Untuk melihat ada atau tidak kemungkinan aku ada mengidap penyakit kelamin yang boleh mencacatkan baby. Selepas tu, the scarry part bermula, hurmm.. seorang doc ppuan india checking my private part n masukkan apa benda tah.Huwaa.. mmg takut. Dia cuma nk check samada aku mengandung luar rahim ataupun tidak. Hasilnya, aku sangat sihat walafiat dan tidak ada sebarang penyakit kelamin, darah tinggi atau pun mengandung luar rahim. Aku perlu datang lagi keesokan hari utk buat scan.


Ultrasound yang paling sesuai utk aku ialah ultrasound yang di masukkan menerusi private part. Satu lagi keadaan paling scary pernah aku lalui. Berdebar menunggu keputusan doc sambil menahan rasa yg sometimes pedih n most of the time sangat2 tidak selesa. Akhirnya doc bersuara


"we have a good news"
"u know, not everyone received good news like u"
"Before this u must think pregnancy was easy, but you really know when u experienced it yourself"
" See, this is the heartbeating"


Allah je tahu apa perasaan aku bila lihat baby kecik sedang tergantung di dinding rahim dan melihat degup jantungnya. Terasa sangat miracle dan sangat2 bersyukur baby sihat dan normal. Tiada apa yang diinginkan oleh seorang ibu melainkan anak yang dikandungkan lahir sebagai bayi yang sihat dan normal. Aku dan En. Hubby pastinya takkan lupakan pengalaman ni sampai bila2. Doc bagitau bleeding tu mungkin kerana proses penempelan telur di dinding rahim. So, far tak ada apa2. Alhamdulillah, syukur pada Mu Ya Allah. 


Sekarang aku tengah ajar baby berpuasa, selagi mommy larat, mommy nk puasa la sayang. Tapi kalau mommy tak larat n baby lapar.. mommy akan berbuka. Morning sickness was not really easy. Aku penat, muntah, pedih ulu hati, angin, sakit kepala bau makanan, loya, pening. Bak kata orang, semuanya dalam satu pakej. Tapi, aku selalu cuba melihat ini dari sudut positif, Allah berikan ujian hanya kepada yang bergelar ibu. Supaya setiap ibu itu kuat dan sabar, kerana cabaran membesarkan anak pastinya lebih tinggi dari sakit yang sedikit2 seperti ini. Betapa besarnya kuasa Allah. 


Semoga ramadhan ini lebih baik dari ramadhan sebelumnya, kerana kita belum pasti akan berjumpa lagi ramadhan akan datang. Seminit lagi pun bukan hak kita. Ya Allah, permudahkanlah urusan kami di bulan Mu yang mulia ini. Semoga kami tergolong dalam orang-orang yang memanfaatkan ramadhan sepenuhnya. Aminnn.. 

No comments:

Post a Comment