Sunday 15 July 2012

Fasa baru

It has been a while, since aku tersangat tidak bermood untuk mengapdet blog ni. Tiap kali bukak blog, tiap kali tu jugak rasa nak pensan sebab terasa berhutang entry yang sangat banyak. Sobb.. sobb.. maafkan aku ye blog * tetiba emo*


Sekarang aku tengah termenung membaca entry2 yang berkaitan kehamilan sambil loya. Makanan sume rasa sampai takat tengkuk n bole keluar bila2 masa sahaja. And dont forget, bloating also. Main nak kentut je.Penat n tak larat. Sib baik masih boleh menaip. Baby baru berusia 5 minggu lebih. N I just found out that I'm pregnant last week. Setelah melompat-lompat dengan gembiranya sampai tertungging-tunggang bermain salji, ngidam nak makan biskut tat nenas, angkat barang dari groceries. Sampailah cik period hadir, memula aku ok je, tapi lepas 2 3 hari rasa tak sedap hati. Kenapakah cik p ini sangat pelik, main on off. I wonder why I'm so craving with curry laksa noodle, ayam nandos (sib baik En.Hubby belikan, kalau tak dapat rasa macam sedih gile). OTW balik rumah beli groceries tetiba terselisih dengan sorang ibu mengandung, entah kenapa rasa sayu je tengok dia jalan slow2 dengan perut yang memboyot. Tetiba je naluri hati kata maybe I'm pregnant?. Balik rumah, malam tu after maghrib I did the UPT test. Rasa macam nak pensan n tak percaya when I saw the double line. Bermimpi ke apa?. Tgh2 cik p hadir, tapi mengandung. Luckily I did some reading and it's not my cik p. But I'm bleeding because I'm pressing the baby. Suddenly, rasa sangat sedih dan bimbang, what happen to my baby?. Dia sihat ke, tak ok ke dalam perut mommy dia. And I'm feeling so guitly sebab tak jaga baby dengan baik.


Esok paginya we go to the klinik belakang rumah. Dan itulah kali pertama masuk klinik, aku pun berharap segala kerisauan aku akan hilang bila berjumpa doc. Banyak perkara yang aku nak tahu, keadaan baby, berapa usia kandungan, apa yg aku perlu makan, apa yg aku perlu avoid, dan macam-macam lagi. Tetapi, doc itu sangat menyebabkan aku frust. Dia hanya membuat ujian UPT dan dia sendiri pun tak boleh nk bgtau aku berapa usia kandungan. Dia tak beri aku sebarang vitamin ( or even nasihatkan aku tuk makan apa ). Dan dia telah dengan baik atinya menolong isi borang utk merujuk aku ke hospital serta mengiring kami keluar dan meminta di berikan resit kepada kami. Sungguh aku prust. Maafkan aku wahai OZ, sesungguhnya aku sangat tidak faham apakah keperluan doc jika dia hanya sekadar dapat memberi consultation. Yup, berada dalam comfort zone di negara sendiri menyebabkan aku terbanding-bandingkan perkara ini. Kalau di negara sendiri sudah pasti aku dah tahu berapa usia kandungan, di berikan buku merah, di buat ujian ultrasound untuk sesetengah keadaan ( terutamanya seperti aku ). Jadi aku sangat prust bila aku tak dapat semua itu dan dalam keadaan aku sangat blur. Aku tak tahu kalau ada ibu lain yang tak blur during their first pregnancy. Tapi itu yang aku rasa. Dalam segala aspek lain yang aku sangat suka tentang OZ, inilah satu-satunya perkara yang menyebabkan aku sangat prust.


Luckily aku di kelilingi kawan-kawan yang sangat baik, kesemuanya memberikan aku info yang aku perlukan. Vitamin yang aku perlu ambil, apakah makna "rest" ( ya, aku ingat rest tu maksudnya aku tak perlu la aktif sangat, masih boleh berjalan2 ke kedai, masih bole bawak barang - barang, even angkat kettle), rupanya rest tu, aku kene baring, elakkan bergerak terlalu banyak, tak bole angkat apa saja barang walaupun dirasakan barang tu ringan ( seperti contoh kettle, bila aku angkat je, terus aku bleeding :( ). Dari segi makan, ada perkara yang aku perlu makan dan perlu avoid. Susu perlu minum dengan banyak ( tapi, during this winter season susu akan menyebabkan mukus bertambah dan peluang untuk mendapat selsema agak tinggi ), makan buah yang mengandungi vitamin c, tak boleh makan buah yang menjalar spt tembikai sebab akan sejukkan rahim dan macam info lagi yang aku dapat. Tengs kawan-kawan, saat aku rasa begitu blur dan lonely.. tetiba Allah hadirkan begitu ramai kawan2 yang mengambil berat. Terima kasih sangat. terharu.. sobb sobb..


Semoga aku tabah menghadpi segala ujian yang bakal tiba selepas ini. Semoga fasa ini berakhir dengan kegembiraan. Aku hanya berdoa, tetapi tetap berdoa agar redha dengan segala ketentuanNya.. aminn..

No comments:

Post a Comment