Sunday 10 June 2012

Mood memblogging ke laut *pensan*

Ini adalah blog aku yang ke 6. Hehehe.. rasanya normal je la kan kalau ada banyak blog. Kesemua 4 blog terawal aku dah delete. Cuma blog ke 5 masih ada tapi tak di apdet. Kwang kwang. Blog ni pun dah lama tak apdet. Dah lama tak menaip di laptop ni.Yang nyata dah mengurangkan skill kelajuan menaip tahap gaban ( yang selama ini sangat di kagumi oleh kawan -kawan dan pensyarah ) hehe. Macam merangkak je nak menaip, mungkin kerana jari dah biasa memasak kot ( alasan kah kah ).


Sekarang dah masuk bulan ke 6, ini bermakna sudah lebih kurang 4 bulan aku berada di bumi Melbourne ni. Setiap hari aku jatuh cinta pada Melbourne, jatuh cinta dengan persekitaran dan nautre yang sangat cantik. Oh yeah, I'm nature lover. Aku suka jugak pada bangunan. Suka tengok design rumah dan bangunan kat sini. Sangat cantik dan fully utilize. Sepatutnya aku akan pulang ke Malaysia bulan 8 ni. Tapi, aku dah mintak tambah cuti dan alhamdulillah ianya diluluskan. So, aku akan pulang bulan 1 tahun depan insyaAllah :).


Salah satu azam aku masa aku datang sini ialah untuk mencuba pelbagai resepi masakan. Alhamdulillah, mmg aku memasak setiap hari dan mencuba macam-macam. Ada yang jadi dan ada yang tidak. Tak kisahlah, janji aku cuba. Aku cuba korean dish, japanese dish, morocon dish, western opkoss, italian n macam-macam lagi. Hubby sangat support aku, dia sendiri tak kisah untuk aku masak pelik2. Alhamdulillah Hubby bukan jenis perut cap nasi ( bermakna, nak makan nasiii je tkleh makan yang lain ). Bukan kerana nak berlagak dok negara orang pastu tak nk makan nasi. Aku cuma nak mengambil kesempatan alang-alang berada di sini apalah salahnya mencuba pelbagai jenis masakan. Sebab obviously la kan bahan mentah untuk masakan western dan seumpamanya lagi murah dari nasi.


Anyway, aku baru saje memberhentikan perniagaan menjual nasi. Hehe. Serius aku tak pernah sangka aku akan jual nasi. Sekadar nak cuba berniaga. Aku bukan prust nasi aku tak sedap dan orang tak beli. Tapi aku prust orang tak bayar dan nasi habis di beli :(. Nasi yang aku jual,cuma letak di surau sebelah pagi dan biarkan bersama satu bekas untuk letak duit. So akan ambil duit dan nasi lebih (sekiranya ada ) di sebelah petang. Bila ambil duit, selalu saje tak cukup. Jadi aku rasa sedih sebab ada orang akan makan makanan haram sekiranya aku tak halalkan. Memandangkan semuanya student, aku halalkan saja dan anggap itu sedekah. Dan aku buat keputusan untuk tidak berniaga lagi. Sekarang dok pikir pulak nak buat apa lagi.. kekeke.


Selama 4 bulan di sini bersama hubby, aku sangat bahagia melalui hari bersama. Nyata, Melbourne banyak mengajar aku tentang menghargai apa sahaja. Mengajar aku untuk berjimat cermat. Alhamdulillah, terima kasih Melbourne, I love u.


Sekarang dah pun masuk winter, suhu semakin sejuk. Bermakna aku juga semakin beku kakaka. Ada masa aku langsung tak mahu keluar dari rumah. Bila hujan dan mendung sepanjang hari, aku lebih selesa berbungkus di dalam rumah. Masih cuba membiasakan diri dengan sejuk. Ye la, bagi orang yang tak cukup lemak macam aku, sejuk sangat2 lah terasa. Pakai baju 3 lapis pun masih terketar-ketar. Pun begitu tak menjadi alasan untuk tidak mandi atau tidak membuat laundry di musim winter ( sebagaimana kebanyakan orang di sini ). Justeru kalau tersempak orang atas tram yang agak berbau, buat tidak tahu saje la ye? :).


Neway, tu je dulu aku nak bebelkan hari ni. Nak masak pulak. Owh, hari ni nak makan nasi la. Masak sayur lemak kacang panjang dengan daging goreng kunyit je. Itu dah cukup untuk kami berdua :)

No comments:

Post a Comment