Sambal tumis terung dengan ikan bilis ni pebret aku dan abang aku. Kalau aku masak ni, kitorang berdua je pulun makan. Orang lain macam tak gemar sangat. Tak sangka En. Hubby sangat suka sayur ni. Jadi selalu jugaklah aku masak. Meh kita tengok rupa dia dulu
Sambal Tumis Terung dengan Ikan Bilis
Resepi Sambal Tumis Terung dengan Ikan Bilis ( untuk 2 orang makan )
2 batang terung dipotong
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
4 sudu ciliboh
sekeping asam keping
Sedikit gula melaka
Sedikit gula dan garam sebagai perasa
Sedikit ikan bilis, di goreng dan ketepikan
Cara-cara
1. Blend semua jenis bawang, halia dan masukkan sekali dengan cili boh
2. Tumis dengan minyak yang agak banyak, masak sampai pecah minyak dan masukkan air.
3. Masukkan asam keping dan gula melaka
4. Kacau lagi sampai pecah minyak dan masukkan air, ulang proses sehingga bawang masak dan pecah minyak dengan agak banyak
5. Tambah gula dan garam sebagai perasa dan ketepikan
6. Rendam terung yang sudah dipotong di dalam semangkuk air dan air akan berubah warna dan keluarkan
7.Goreng terung dengan minyak yang sedikit, sehingga kaler terung berubah
8.Masukkan terung yang sudah di goreng ke dalam sambal tumis dan taburkan ikan bilis semasa menghidang
Siap!.Bole makan dah.
No comments:
Post a Comment